December 31, 2011

Ilayathalapathy Vijay


Hello readers, Happy 2012!!

Alhamdullilah, saya masih bernafas, masih berpeluang mengenali anda, menjalani momen-momen yang bakal diingati, memperbaiki diri dan yang paling penting ingin lebih menghambakan diri kepada Allah swt. Itu janji saya! Insyallah, doakan saya. :-)

Kita tinggalkan seketika, mari ke entry pertama 2012:

Entry kali neh saya dedikasi pada incik suami. Dia mesti gumbira, hopefully menangis-nangis cam kena histeria sambil larik koyak baju bila baca entry neh. Moga suami menjadi lalai dan berhalusinasi seketika, maka dapatlah saya peluang untuk memuja tv, remote dan astro decoder yang saya rindui itu. Dengan itu, dipersembahkan ~





Vijay ni kira top indian film actor, pernah menang 2 kali award best actor Tamil Nadu State Film Award , korang pernah menang? tak pernah kan? dia juga pernah penerima Honorary Doctorate : Dr.M.G.R Educational. Perghh hebat..hebat..Memang banyak la lagi award dia terima. Malas saya nak listkan takut suami pengsan pastu bangun balik pengsan sekali lagi bila tengok list-list award dia ni.

Saya tak mahu cerita panjang cam duration filem tamil , mari lah kita tengok-tengok wajah aktor pujaan suami saya ini :


 dialog : adek maniss !! come to me..come ! come bebeh!


 dialog: apa kabar ?


  someday, you'll madly in love with me ! (lisa ombak rindu pun ada dialog ni gak)


 Halluuu..zassss


Yaaaa..kamuu! sini mari.



Deii ...gotchaaa


Vijay nih siap ada blog dia dan saya dah jadi follower demi suami tercinta http://vijayrulez.blogspot.com/
Malah saya sempat titip ucapan khas , buktinya



Semoga, apa yang saya usaha ini, dapat merahmati ruangan menonton cerita kegemaran saya pula pada masa akan datang dan melalui entry ini dharapkan suami boleh terkesima dengan catatan khas dakwat kekal saya ini.

Video klip ini boleh la dimainkan di hari-hari minggu dan pastikan tingkap dan pintu ditutup rapat bagi mengelakkan jiran menghidu aktiviti anda yang gila seyes ini.



go vijay!


^-<


December 26, 2011

メリークリスマス


Akhirnya dapat saya ke TOKYO..:-)




 幸いあれ; さいわいあれ

akachan

 可愛い; かわいい




 メリークリスマス





  可愛い; かわいい


Acah je, di Pavilion sahaja..


December 23, 2011

ko jgn ngada2 jemi, ko kena gak pilih aku menang 'giveaway' ko tuh!!




hah..amekkaw ! gile panjang tajuk post aku ni..gara-gara poster di atas.

 Ohh, jemi ! ko tak payah la pening-pening kepala nak cari pemenang untuk contest Giveaway ko tuh..
aku bagi ko shortcut je, sebab aku seorang yang berkaliber, maka kalau tak pilih aku memang ko punye giveaway contest ni bukan di tahap international la gamaknye..

 Nak suruh aku teka siapa potret tu..aduh! hujung jari la..itu pun sipi-sipi je nak cecah kulit jari aku nie, sebab kacang sangat..dah aku kata aku ni berkaliber, aku nengok dengan ekor mata pun aku leh tau..inikan pula dengan mata empat aku..

Memang kalau orang lain tengok, kompem dorang teka potret tu tak ubah cam potret muka aku..yelah orang yang cantik macam aku semua berebut nak potretkan..ye tak? ahaks! tapi sebab aku ni jenis pakai purdah, so ada part-part dlm potret tu tak sama dengan kecantikan asli aku nih. so kiranya potret ni bukan pure gambar aku. Pemilik gambar sebenar ialah NEELOFA. 

Pastu ko nak nyusah2 kan aku, bila aku nak copy GA ko tuh, buleh plak ko buat cenggini :

Nasib baik aku ni lulusan internet dari Harvard School, maka aku print screen je..hahaha..

Nak completekan syarat-syarat ko ni (even aku tau aku pemenang mutlak), aku tag kawan aku si minah bedul intan bling la sgt walaupun nama blog dia intanblingbling.blogspot..tang mana bling-bling pun aku tak tau..

p/s : jgn lupa hantar top-up tu kat bilik aku..sebab dgn top-up ko bagi tu, boleh aku guna untuk sesi cengkerama dengan anak-anak di kampung. Dgn top-up ko la ianya umapama penyambung kasih-sayang kami!


selamat bercuti


December 18, 2011

Tiramisu in da house..



Baru saya tahu, buat kek tu bukannya susah sangat, cuma kena ada minat. Saya dah ada minat lama, tapi minat ke atas aktiviti sopink dan melangok melebihi segalanya. So saya ber-eksperimen macam saintis Rafidah (rancangan Clever) cuma tak pakai spek mata keselamatan untuk menghasilkan kek Italiano : Tiramisu. Perghh..punya la berlagak..dah la tak pernah buat kek, Tiramisu jugak ko pilih..Sebabnya, tak perlu bakar-bakar....kan masa dalam entry saya yang lepas chef in the making saya ada cerita beberapa masalah untuk saya jadi pembuat kek. Kalau nak flash back sila klik link di atas.

Mari kita main masak-masak.

Bahan-bahan

1) Cheese cream 250g (RM 7.50)
2) Whipping Cream 3/4 cup (1 Liter RM 15)
3) Gula 7 sudu
4) Lady Finger Biscuit/ Finger Bread (RM5)
   ~ mm, apa kejadah panggil lady finger, dah la bosar, tak sama dengan jari ku yang runcing.tu
      mesti jari giant mana la yang dia amik untuk namakan biskut tu.
5) Nescafe 1 sudu
6) Serbuk Coklat (Tapi jimat punya pasal saya guna Milo)
7) Telur 3 biji (ambil york je)

Saje saya tuliskan harga sebab kos buat tiramisu ni murah je. Sebab saya tahu selalunya orang yang tak pernah buat kek selalu fikir modal nak buat kek lagi mahal, baik beli jelah..
Opss! itu ayat saya sebenarnya..hahaha.. bukan dipetik di mana-mana saluran tv, di majalah atau sesi dialog jiran-jiran.


Cara-cara (ala kacang je ..hehehe)

1) Putar cheese cream dengan gula 3 sudu (pakai hand mixer lagi senang) ~A
2) Putar york dengan 1 sudu gula ( terlebih dahulu, panaskan air dan kacau dalam double boiler.
    Elakkan dari sangat panas supaya telur tidak menjadi telur hancur)~ B
3) Campur A +B . Masukkan 1 sudu Nescafe (yang telah dilarutkan dalam sedikit air panas) ke
    dalam bancuhan ~ C
4) Putar whipping cream bersama 3 sudu gula sampai kembang (putar jangan tak putarrrr) ~D
5) Campur C + D ~ E
6) Lady finger dicelup ke dalam air lebihan nescafe  dan susun ke dalam mangkuk hidangan ~ F
7) Tuang E sebagai layer pertama dan tapis milo ke atas layer ~ G
8) Ulang F dan G.
9) Simpan di peti sejuk sekurang-kurangnya 8 jam.


Cuba tengok, hebat tak saya....setelah 32 tahun baru saya berjaya menghasilkan sebuah kek Kalau la 18 tahun lepas saya mendapat hidayah untuk buat kek ni, sure sekarang saya dah berada di dalam kelompok juri Masterchef. Untung-untung leh amik Nik Micheal jadi anak angkat sebab dia hensem....hahaha.






 terima kasih bapa kerana meminjamkan kain pelekat sebagai alat hiasan.






Lubang hidung ku kembang-kempis menahan perasaan riak setelah sejam berjaya, tapi kini sudah mancung kembali selepas sujud syukur..:-)

p/s : orang itali sila menangis sobab orang noghori cam den ni haa pun terer ! 



December 15, 2011

Saya tak gemuk, saya cuma macam Ayu Raudhah je,gebuuuu...hahaha


Korang jangan muntah darah plak baca tajuk atas..sebenarnya nak cerita pasal DIET....Mula-mula:

 Cuba korang bandingkan, nape image orang 'Befor' mesti tak best; tengok tang kasut pun boleh beza, hellooo, saya dia pun boleh pakai high heel okeh! yang sedihnya dia ada jerawat dan tak pkai blusher..dusta image nih..hukhukhuk


Susun je la perkataan 'diet ' itu pakai sayur ke buah ke atau aplikasi teknologi terkini, saya tak teruja. 


Kan best kalau baca je perkataan 'DIET' tu tetibe rasa cekelat MnM di mulut.. 
Kan best kalau aktiviti  'DIET' tu umpama berenang di atas meja dengan makanan berlimpah-ruah..kuak ke kiri capai ayam goreng..kuak ke kanan makan burger..tak campur lagi kalau kuak melentang. 
Memang heaven!!


Cerita pasal diet, masa ni lah kau nak bersungguh-sungguh tenung jenis makanan kat setiap tingkat

Pencipta rajah piramid ni takde keje ke, cuba ko cipta pil cepat hadam makan/lawas 30 saat kemudian 
..kan bagus..


Carta pie yang tak serupa pie yang saya kenal. Pie di atas tak best!



 
tak payah la nak bajet sihat dengan golek-golek bersama buah siap dengan tali ukur lilit kat pinggang.
Ok, takmoh tengok..haram..haram..dosa mata nie :-p

 Set hidangan diet camni leh dipertimbangkan kalau suasana masa tu di tepi pantai terdampar sebab kapal abis minyak



Ini pun boleh dipertimbangkan, lagi mantap kalau makan dimeja beradab bersama pengantin.



Ini la perjalanan cerita sedih saya
Sekian, terima kasih.



December 13, 2011

13.12.11

Wah..cantik nombor tu..13.12.11..

13.12.11 juga adalah hari kawan sedunia. Moh kita berkawan-kawan sebab esok lusa dah takde kawan-kawan..hehe..acah je.

Ilustrasi dan ayat dibawah saya amik dari email pautan yang diterima.
(takut ko erk dari kena saman disebabkn mencilok..meme arr)





Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ?

Mereka berkedip bersama.
Bergerak bersama.
Menangis bersama.
Melihat bersama dan.
Tidur bersama.

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.
PERSAHABATAN seharusnya seperti itu.
Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN.

Hari ini adalah MINGGU KAWAN SEDUNIA
Saya hantar ini kepada KAMU kerana KAMU ADALAH 'KAWAN' SAYA  :)

SAYA SAYANG KAWAN SAYA, SAYA SAYANG KAMU !



^ -^

December 12, 2011

Chef..In The Making



Hidup ni kalau takde impian, memang tak sah la. Impian saya macam-macam, tapi satu pun saya tak buat sungguh-sungguh. Sebabnya saya jenis malas nak kusut-kusut. Dapat capai, alhamdullilah, kalau tak dapat, no hal..kita bina impian lain..hahaahaha..Sebab tu, impian saya setiap tahun lain-lain. Impian saya ni jenis sukati-sukati mommy daddy dia nak kuar, ikut la mana dia nak jadik apa, lepas tido elok je dia hilang, saya pun tak yah pikir-pikir dah..bak orang kata 'life must go on"..... ON KAU!!

Sebab impian saya berbilang bangsa dan berbiskut chipmores, saya nak cerita satu impian saya yang saya rasa 5 tahun lepas dah tanamkan, cuma belum masa nak dibaja. Hidup subur dalam tanah je, tunas pun tak, berdaun apatah lagi..elok je dia duduk ontok-ontok. La ni tinggal 2 minggu sebelum KLCC disimbah bunga api, baru saya rasa-rasa macam kena bring forward je ke tahun depan. Insyallah saya akan bukak topik ni lagi mungkin 5 tahun akan datang kalau saya masih punyai tabiat tido, pastu sedar-sedar okeh!.. dah lupa impian nak buat tu..:-)



Impian saya sebenarnya nak buat K.E.K .

Ha ! Walaupun tidak kelihatan hebat pada anda, tapi begitu thrill pada saya. Oh ye,  impian buat kek saya bukan setakat guna tepung cake readymade , choc moist kukus yang petik dihujung jari tu, atau kek pisang/pandan/kopi . Saya nak buat kek yang mampu buat orang pandang saya dua tiga kali sambil segera sms pada astro suruh ambil saya sebagai chef selebriti jemputan.

Bile ada impian buat kek, saya kena ada alatan buat kek. Macam mana saya tak bawak ke 5 tahun akan datang, ni la halangan. Kan senang kalau impian saya ni datang secara pakej. Bila terimpian je buat kek, pergi  dapur terus ada alatan, bahan dan chef kek .Moh kita senaraikan alatan yang perlu ada untuk membuat kek.


1=Oven

Pilihan oven saya, boleh buat pizza dan roti juga
 (diambil kira impian membuat pizza dan roti sekiranya impian buat kek tercapai)


2=Mixer



Boleh je guna hand mixer, tapi disebabkan saya nak nampak hebat ketika ber-apron dan chef hat saya, saya kena guna mixer seperti di bawah.






3=Rolling Pin

Boleh diguna juga ketika saat-saat kecemasan. ;-)



4=Measuring spoon

Elakkan menyimpan di tempat yang mudah dicapai bagi mengelakkan dari menjadi pekakas alat bancuhan warna sekolah anak anda.



5=Mixing Bowl

Guna besen pun boleh, so leh skip benda alah ni.



6=Baking pans a.k.a Loyang 





7=Penyukat





8= Spatula

Ni kalau guna untuk alat takutkan anak di bawah umur 1 tahun ok jugak ni.
 contoh " hep! biasaaaaaaa dia..(sambil tunjuk spatula)



9=Pengukur suhu

Ni kalau ada involve adunan cheese, milk dan bahan yang sensitif la.



10=Icing bag





11= Cake stand

Persembahan kek kena mantap supaya jiran-jiran boleh berbisik-bisik akan kehebatan kek sebelum dirasa.




Terakhir,
Lebih mantap jika aktiviti membuat kek itu di adakan di kitchen island , baru la rock!



Dengan ini, saya membuat kesimpulan, saya tidak bersalah jika impian saya tidak tercapai pada tahun ini kerana alatan-alatan di atas. Oleh itu, ucapan khas untuk anak-anak dan suami tercinta, marilah kita order di SECRET RECIPE. Terima kasih !!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...