November 28, 2011

Sunglasses



Sekarang ini, cuaca sentiasa berubah-ubah. Adakalanya panas terik pada tengahari atau hujan lebat di sebelah malamnya pula. Perghhh! ayat ko sangat tinggi darjatnya..huhuhu.. dah lama tak tulis sebegitu sejak bertahun meninggal alam sekolah. Hoii! jangan la tulis bertahun, nampak kau tu tua..okeh! saya garis perkataan bertahun dan ganti dengan perkataan paling cocok. so ayat baru saya cenggini: dah lama tak tulis sebegitu sejak minggu lepas meninggal alam sekolah.  LOL

Okey, saya bukan nak cerita prestasi sekolah saya, saya nak cerita pasal cuaca. Cuaca yang saya pilih adalah cuaca panas terik. Ya panas terik. Bila panas terik ni, mata pun dah ala-ala sepet kiut . Cuba buat mata ala-ala sepet kiut itu kawan-kawan. Apa tak tau camne nak buat sepet kiut ? 

Macam nie





Untuk mengelakkan mata jadi sepet 8 jam pada waktu siang, kita kena la pakai sunglasses kalau outing di luar. Tapi kalau korang setakat nak sapu sampah depan rumah atau beli ikan kat lori yang hon-hon keliling kampung, tak payah lorat-lorat nak pakai sunglasses. Karang apek lori cina tu taubat nak menjual ikan lagi..hahaha

Cerita pasal sunglasses,ada pelbagai jenis. Tapi kita-kita ni (ohh! saya tak termasuk :-P ) selalu beli bukan kerana nak lindung mata sangat pun tapi sebab nak melawa a.k.a vogue. Kunun macam nak stail ala-ala selebriti. Carik saiz yang bagak-bagak (ovesized sunglasses) cap ayam sekalipun, no hal asalkan leh posing cun dalam gambar. 

Yelah, harga rasmi original di luar paling koman RM700+..pakai sekejap-kejap pun, sebab sekarang ni ramai yang suka lepak kat shopping mall je, mana ada masa nak pegi taman-taman bunga. Pastu kalau nak pakai dalam kereta pun, cermin kereta dah siap tinted.. cuma bagi penumpang depan okeh la nak pakai sunglasses tapi kalau dia membuta tidur sepanjang perjalanan pun tak guna jugak beli mahal-mahal. Start enjin sure ngantuk, kalau ngantuk sure start enjin. ehh, camne tuh..okey, saya sudi membuat akuan bersumpah cerita itu adalah cerita saya sebenarnya ..hahaha

Tapi takpe, meh kita tinjau-tinjau jenis sunglasses yang idaman kalbu..



Paris Hilton yang selalu dengan stail oversized sunglasses













Posh , Petra n Paris~ what coincidence "P"





Tak ingat nama model ni  ;-)





Zach










jenama sunglasses tidak dapat dikenal-pasti



Ada yang berkenan?? kalau berkenan pegi la beli 2..extra satu tu hadiahkan untuk saya..:-)


Bye UOlllssssssssssssssssssss



November 27, 2011

Kisah Shopping





Cuti hujung minggu dan cuti sekolah membuatkan saya "off duty" dari online, facebooking dan blogwalking. Terlalu banyak majlis perkahwinan dan percutian tanpa dirancang berlaku, jadual saya sarat serta-merta. Walaupun saya bukan membership gold boxing club, badan saya sakit-sakit dibuatnya dek kerana aktiviti-aktiviti berlaku. TAPI.......haa! nampak tak penggunaan huruf yang di caps lock ada menunjukkan perubahan perjalanan cerita yang mendatar yang saya ingin alihkan/twist. Situasi sakit badan itu tidak akan berlaku sekiranya aktiviti yang berlaku berkisar mengenai SHOPPING! setuju tak anak-anak??


Meh saya masukkan elemen-elemen shopping yang membuatkan saya seakan-akan berada di alam halusinasi.



Abaikan nota kaki di atas~ tak sempat nak cabut ;-)



Ada lagi nota kaki yang tak sempat nak cabut.





Gambar di bawah merupakan poster bilik saya sahaja ;-p


Shoes..shoes..shoes..Charles & Keith


Betul poster bilik, nampak ada pencucuk kaler biru tu !



Yang ni pula kelihatan elok sekiranya saya punyai kaki panjang dan skinny persis model, walaupun bentuk badan saya sipi-sipi je sama ...hahahaha..ye ker?? 


Superb DKNY jeans



Bertambah havoc hujung minggu saya kalau shopping tudung...

Sungguh saya jatuh cinta, walaupun saya banyak kali memikir $


Walau bagaimanapun, saya berjaya menceriakan sedikit hari cuti ini dengan sedikit pembelian berhemah seperti di bawah (berhutang RM21 dengan officemate sebab tak cukup duit plak masa bayar walaupun dalam bank ade berjuta..pergghhhh!)


Nak amik gamba pakai wedges ni, tapi takleh nak uplod sebab kuku kaki belum sempat trim  dan kedai manicure/pedicure tutup hehehe


Ingin saya menyimpul-yimpul cerita saya ini~

Saya suka jika berada di dalam keadaan :-
  • berebut-rebut sambil kais-kais baju berlonggokan yang ada tanda "70% less" 
  • mentelaah carta diskaun dari harga yang berlabel warna pink ke warna kuning 
  • sesi berlanggar-langgar punggung dan siku-sikuan di ruang legar
  • sesi fitting dan ketuk pintu fitting room "oii, orang dalam, ko tidor ke atau test baju ni??"
  • fungsi anggota badan memainkan peranan iaitu tangan dan bahu jadi alat gantung baju


Saya tak suka jika berada di dalam keadaan :-
  • saiz/warna baju dan kasut tak ada yang berkelayakan
  • tengah syok memilih, masa tu plak terasa nak ke bilik air, memang potong stim!
  • beratur berliku-liku panjang  di kaunter pembayaran
  • barang yang dibeli tak ada tag harga dan satu hal kena campak ke tepi sebab cashier dah masam mencuka nak pergi cari barang
  • offline credit card~ moral of story: jangan berhutang!
  • sampai je turn nak bayar, "maaf puan, sila ke kaunter yang lain sebab kaunter nak tutup" memang nak kena penampor la budak cashier tu.
  • dapat call dari suami " awak ni nak berkampung kat sini ke, cepatlaaa" atau dj shopping "seorang kanak-kanak bernama xxxx telah terpisah dari ibunya yang bernama xxxx. diharap ibubapa adik xxxx datang menjemput di kaunter hadapan" ...sungguh horror!

Tu je nak ceita kisah shopping,  sebarang pertanyaan sila layari www.tourism.gov.my  @ Year-End Sales ( YES ). Jangan lupa abis shopping, kena jerit kuat-kuat

  HURRAY !!





November 25, 2011

Moslem : Diventare Di Moda




Melihat pada tajuk entri,  saya belasah je betul ke tidak ayatnya. Kunun nak up la sikit entri blog dengan guna bahasa Itali.

~welawei, ko cuba tengok followers blog ko nih hanya 7 orang je tolak satu sebab ko jugak followers pada diri sendiri so ada hati nak guna italiano ~

Agak-agak segerombolan tak orang view entry saya nie?.takpe saya tanya, saya jawab sendiri..:-) .ko syok sendiri jee dikkk oiii. Ok saya pasrah!

Berbalik kepada tajuk entri tu sebenarnya nak tulis " Muslimah Yang Fashionable"  . So godek-godek kamus English-Itali dapat le word reference. Biasalah, keje saya satu hari adalah tak sah kalau tidak "blogwalking". Tak kisah la jenis blog asalkan ianya menarik, tertarik dan ko memang 'da boomm!~Kite yanyi dulu~

Ok dah abis menyanyi, sambung balik. Oleh sebab saya ni jenis yang suka melangok blog-blog orang, saya jumpa satu site fashion muslimah yang saya rasa memang best. Rasa di Malaysia belum ada himpunan fashion Muslimah sebegitu dan saya macam nak buat lintasan hormat (sambil tabik naik kereta jip ala-ala Agong) pada individu/fashion designer ini kerana mewujudkan stop-centre pada Muslimah yang berkeinginan untuk kelihatan hip dan trendy.

Sememangnya yang kita tahu Indonesia itu besar wilayahnya maka begitu juga dengan hub fashion muslimahnya. Rasa lebih maju dan berani (itu pandangan saya lah !). Cuba tengok !




Ohh..cantiknyaaaaa




Superrbbb







Colorful















Banyak lagi fashion trendy Muslimah yang ada, kalau nak tengok ~  http://www.hijup.com . Site fashion Hijup.com ni mengumpulkan pelbagai himpunan fashion dari pelbagai designer Muslimah Indonesia yang terkenal seperti Mainland Heritage, Casa Elana, Shabilla, House Of  Nabillia dan etc. Malah dorang ni ada community dorang sendiri iaitu http://hijaberscommunity.blogspot.com . Tetiba cam nak rasa join club ni walaupun bukan warganegara Indonesia pun. Arwah atuk je yang orang Padang, mmmm..

Hijabbers ini ada pelbagai aktiviti mengenai kecantikan dan panduan berfesyen gitu. Seronoknya bab melawa..saya suka! Bukan bab fesyen je, dorang ni kekadang organise kuliah-kuliah agama..Ok Good! Good! saya jadi insaf sedikit..:-)

Dah abis bebel, nanti kita sambung lain kali untuk bab fashion lain plak. Ok, saya dah nak mengelamun Jacob Black..yeay! I'm team Jacob!!


~bebuy~






November 23, 2011

mOH kArokKKK Bukan KoROk!!



1) Mula-mula nyanyi lagu sedih

~Percaya Pada Luka~






2) Pastu nyanyi lagu cinta : mode jiwang bak merindui kekasih di obersea 





ok , sila bayar untuk dua lagu RM10, campur servis tempek RM5.. 



Lawak doeh!!!



Lawak nih bukan original dari minda saya yang marbeles ni, saya baca dari email yang di forwardkan oleh my bestie, 1st time baca dah tergelak besar walaupun saya dikategorikan sebagai yang lembut dan santun orangnye..:-p ok jangan terkucil ! sila la terbahak-bahak, kalau tak terbahak terkahak pun okieh! yekkkk



           1)BILE ORG NAMPAK KO BARING TUTUP MATE ;
           S: ko tdo ke?
           J: takla, aku tgh training mcm mne nk mati nanti.
 
          2)KO BWK TV YG ROSAK JUMPE TECHNICIAN UTK DIREPAIR ;
          S: ye? nk repair tv ke?
          J: takla, aku bosan! saje laaa aku bwk tv ni jln2...
 
          3)TIME KO BARU BGN TDO ;
          S: ko dh bgn?
          J: eh,tak laaa...aku tgh tdo smbil jln la ngok..
 
          4)KWN KO CALL PHONE RUMAH KO ;
          S: weh,mne ko skang?
          J: sini, kt bus stop!
 
          5)ORG NMPAK KO KUAR DR BILIK MANDI BASAH2 DGN PAKAI TOWEL ;
          S: ko baru mandi ke?
          J: mane ade...aku jatuh dlm lubang jamban td!
 
          6)PUKUL 7 MLM KO BUKAK PINTU RUMAH,BARU BALIK DR KEJE ;
          S: hai,baru blek keje ke?
          J: tak lahhh...baru nk pegi nih!
 
          7)KO KAT DLM TOILET, PINTU BERKUNCI, ADE ORG KETOK PINTU ;
           S: ade org tak?
           J: *suare kiut* mne ade org...taik yg tgh brckp nih!




^ _ ^


November 22, 2011

Yeah, uhh ahh, u know what it is..Black and Yellow!





PPPPpppppreeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttt.........................
itu la bunyi yang ditunggu ; ubat segala debaran/ sakit jantung/ b.p darah yang mencanak naik/ sawan ketakutan/ neves yang lebih teruk dari neves nak bersalin...alhamdullilah.



moh kita tengok video penalti malaysia nih..yang bestnye pada minit 1.28 (player indo no .11 tahan nak kencing ke atau gatal sebab kena gigit ulat).. tapi video ni best sebab komentar RCTI pada minit 4.51...
"badrooolllllll bahhtiiiiiaaaaarrrrr masuk" (ade bunyi tumbuk meja kat belakang)
(minit 4.53)~mampir..untung! nyoknyeknyoknyekk (tak paham daa dia cakap apa)....

:-)




Walaupun terdapat provokasi, saya masih menyayangi rakyat Indonesia kerana kita serumpun dan seagama. Chill beb!!



Congrats to Harimau Muda , u are worth to cheered for!!






Walaupun lagu di bawah takde mengena, tapi  lyric dia ade caption :


Yeah, uuhh ahhh, you know what it is,
Black and Yellow, Black and Yellow..

Enjoy!! :-p










November 19, 2011

Sabtu yang weekkkks!!





Hari ini hari Sabtu. Saya duduk rumah. Saya basuh baju. Saya sapu sampah. Saya memasak. Saya menonton rancangan "30 minit bersama Ustaz Don". Walah! begitu versatile saya hari ini. Ini yang dikatakan syurga bahagia. ZZZZZZZZzzzzzzzzz.

 ye ker??? kata je lah duit ko dah kering ujung-ujung bulan, kalau tak sure pagi-pagi dah ko meloncat kat sopink complex.


Nak menulis entry ini pun agak mandom sebab budak dalam walker kat rumah saya ini menjerit-jerit. Karang kalau tampal mulut dia dengan pelekat, macam kejam plak saya. So nasib baik ada bungkusan coklat MnM yang dah saya belasah masa boring-boring tadi, saya bagi pada dia untuk main. begitu bersungguh dia mengemam plastik kosong itu..Ok misi saya berjaya! Maka saya boleh tulis dengan aman.


Tatkala rancangan televisyen yang sangat tidak memberansangkan, saya teringat-ingat masa saya kecik-kecik dulu yang mana ketika itu saya sangat comel ; pipi gebu dan kulit halus mulus ; hidung mancung bak seludang ; rambut kerinting-kerinting halus dan sedikit keperangan. Ok ! saya akui details saya berikan itu saya cilok dari gambaran baby dari majalah tepi laptop saya ini. Jangan terpedaya! lol..


Masa dulu ada rancangan feveret yang saya akan tunggu, kekadang saya memonteng kelas petang/ngaji (psstt..masa tu saya memang nak pegi tapi kawan saya si timah tu yang menghasut soh tengok tv kat rumah dia) semata-mata tak moh termiss rancangan feveret ini. Nak tau rancangan apa, ni rancangan dia :-





Maero Attack!!


Fuhh! dulu siap kepal-kepal surat kabar ikat dengan getah, melompat pun nak tiru jugak sedangkan bukan ada jaring pun..hahaha.masa nak smash bola pun siap jerit " samasok berpusing" tapi tak pusing pun just lompat-lompat manja jer. siap ada beberapa skuad la dan gilir-gilir main..kalau la ada student jepun tengok, mau dorang dah tak moh cakap jepun dah sebab kitaorang lebih jepun dari dia..:-)

Ni plak rancangan kartun yang saya gemar. Ala yang pegang subang dah bertukar jadi artis rambut punk! korang tak tau, dulu-dulu pun dah ada cam lady gaga. Kartun ni pun fashion dia dasyat ooo..meh sini tengok.




Jem and friends


Lagi rancangan jepun yang saya suka jugak masa kecik-kecik dulu cam cite yang kat bawah ni :





Satria Baju Hitam
"Berjuang menegak keamanan dan kemanusian "

Tapi bila saya menginjak dewasa, drama sepanyol pulak. Masa tu, saya dan housemate masing-masing pukul 4.30 petang rebut-rebut cop tempat duduk depan tv. Kira lepas balik je kuliah, campak beg n postponed jap asar..ish..ish..memang kepala hotak berjambul aku ni duk melengah-lengah asar..haha..nasib baik sekarang ni rancangan semanis kurma, Imam muda dan ustaz don ko tengok..sudah insap! So masa tonton cite sepanyol tu memang rasa cam nak masuk dalam tv dan backing pelakon watak baik yang selalu ditindas. 





Itu antara feveret rancangan lama-lama la, nasib baik cite "The cave of the golden roses" ditayang kembali di tv9. Itupun feveret sebab suka watak Tarabas..kecur wei tengok muka dia..





Rasa-rasa korang punya drama feveret sama dengan feveret saya kan..kalau sama, moh kita tulis memo/surat sedih pada tv1,tv2,tv3,tv9 atau astro untuk tayang balik. Kalau dorang tak layan kita panggil je Haliza Hashim (correspondent London) untuk kemukakan masalah rakyat ni. oK la dah borink, bye-bye uollss.


iloveyoulikealovesongbebeh!!


November 17, 2011

Syukran!



Setiap orang mempunyai pengalaman pertama dalam pelbagai versi. Seperti contoh pengalaman pertama bercinta, berkahwin (harus ke ada banyak pengalaman..:-p ), ada anak, anak masuk sekolah, pastu anak berkahwin, cucu pertama..okieh,okieh stop!! panjang plak ko terang..

Seingat saya, kesemua pengalaman pertama saya semua indah-indah belaka, tak kisah le ending cinta pertama bukan macam seperti dalam cerita dongeng cinderella " happily ever after "  . Itu membongak namanye, ishh takkan la cinderella takde gado-gado ngan prince. Sure gaduhnya..Dongengan ke tak, korang kene gaduh jugak..tak baik tipu-tipu nih..:-)

Okey, kita kene serius sikit, jangan tulis entry main-main. Berbalik ke pangkal jalan punya cerita, saya tak nak cerita pengalaman saya, nanti takde privacy plak. Saya tak suka apabila melihat paparazi dan kerlipan flash di sana sini apatah lagi kena berlari-lari kecil sambil amik kertas tutup muka sedangkan dah pakai cermin mata hitam ala-ala Kim Kardashian....hahaha..

Hari ini saya nak share pengalaman pertama pasal my sis yang mendapat perkhabaran gembira apabila anak dia and also my 1st niece dapat peperiksaan cemerlang UPSR 5A..U go Girl!!

Pagi ni, pukul 10 saya dah start calling tuan punya badan, tapi tak berangkat..hoii!! apa ke sengal tipon pukul 10, orang tu baru berbaris nak amik result sebab pukul 10 baru result keluar. Okeh, saya terima kesengalan itu.

Namun saya masih gigih berusaha calling bapak dia plak, mmm.. pun takde jawapan..hoii! macam mana bapak dia nak jawap sebab sure masa tuh tak cukup tangan nak gapai telefon pasal tengah dukung anak yang kecil kot. Itu assumption saya walaupun ianya tak begitu menyakinkan. Nak tipon emak dia, sah-sah PA dia akan jawab "nombor di luar kawasan"..2 hari lepas mak dia hilang telipon daa~

Tetibe, saya dapat call dari kakak saya sambil nangis. Dalam hati saya "wah, apa sudah jadi? kucing beranak lagi ke? "..dalam masa 5 saat selepas itu, saya pun merembes air mata..oh! ini bukan pasal kucing pendatang kakak saya beranak lagi, ini kerana perkabaran gembira anak dia tu la..Dan-dan tu je, mula berimiginasi ada bunyi hiruk pikuk firework sekali diikuti bunyi clap!clap!clap! audien tepuk tangan sambil bagi standing ovation. Nasib baik telefon office kakak saya tak boleh buat voice connection dengan telefon emak saya di kampung, kalau tak dah jadi drama airmata kegembiraan tiga beranak. Mesti my niece tu rasa confuse dengan kami-kami ini sebab dia rilex jer..

Tak moh cerita panjang-panjang, hari ini bukan kami sahaja yang bergembira, ramai rakan-rakan berkongsi kegembiraan yang sama.
 

SILA AMIK KANTA LEKAP, IMEJ AMAT DIKESALI

For those friend, congrats to your daughter/son for their excellent achievement!  May their achievement is an example to others.




Macam geng bukan?? itu menandakan saya masih gadis! ahaks! :-p






TO my niece, NUR AQILA SYAFIQA..Congrat to you! satu pesanan, jangan mintak hadiah mahal-mahal ye, kalau boleh mintak cekedis Tam-Tam je....leh makan dalam dorm nanti if masuk sekolah asrama.hahahaha.


November 15, 2011

D.I.A sudah datang !



Kalau dia datang, jangan lari.....mari dekat!... lagi dekat!...... i rela.....rela..sila la..maju ke depan! 

huh! mengetis..tapi itu la terjadi masa mula-mula melihat dia, saya menguntum senyuman sensorang. pastu pandang kicap nampak dia, iron baju nampak dia, tangkap nyamuk macam sambar tangan dia..semua kerana dia. D.I.A. 

Walaupun orang kata usia saya dah tak sesuai nonton cerita sebegitu dalam erti kata lain harus melihat dokumentari, masakan, parenting skills, seni hias dan sebagainya.......Mrs.Hurray bukan sebegitu..nama pun dah macam kena sebut sambil melompat HURRAY!..lagi mau tanya..:-) Waklu!!  

Saya pun tak paham kenapa dia menjadi pilihan hati. Seingat saya tak pernah ada hantu yang saya suka buat masa nih. Mendengar sahaja perkataan "Hantu" even ada ketika saya yang bercerita pada kawan-kawan, balik umah saya sendiri yang ketakutan, mengendap-ngendap di bilik gelap, mata jadi mundar mandir, telinga diterjah dengan muzik orchestra seram, mula la nak buat justifikasi belakang langsir ada something..ohh! mace-mace...

Namun, setelah melihat dia, saya positive kan watak itu....hari-hari jumpa pun no hal! pimpin tangan pun boleh, ini kan pula menjemput makan..aiseh! kalau boleh nak belikan sebuah rumah dan duduk sebelah-menyebelah, untung-untung leh jadi BFF..hahahaha..

Sure, awok-awok semua konpius saya cite pasal apa..ni semua pasal mamat ni la....-------@





Agak-agaknya bila kita bleh couple ??




sambung dialog : awak nak bile ??







sekarang! hep! jangan tenung i cenggitu..( malu..wink!wink!)


apasal gedik ni..nak ke tak nak kapel...:-p

Sila abaikan caption di atas...kalau ianya memudaratkan anda!!



Haaa, jangan lupa ngendap filem terbaru  Twilight Saga : Breaking Dawn officially premier on 18th November 2011...mm, tapi kawin plak dia nih..takper abang Jacob ade....tiba-tiba macam nak bela plak serigala...bleh tolong hantarkan anak ke sekolah nanti..huhuhuhuhu.....





 


moh tinjau teaser twilight: breaking dawn











November 14, 2011

Kesal ringan-ringan

Sebut pasal kesal, saya teringin nak share satu topik perlakuan yang selalu buat saya kesal tapi saya buat jugak :-) Di entry ni saya nak bincangkan kesal yang ringan-ringan.... mmm, kesal ringan-ringan? takpe, ini blog saya, sukahati saya la nak klasifikasikan.. LOL!!

Kesal ringan-ringan saya ni berkemungkinan sama dengan kesal anda. Kalau tak sama, bermakna memang saya ada masalah jiwa kronik la nih..hehehe. Meh kita lihat list kesal ringan-ringan itu spt di bawah:

  • Senario menghadiri function. Sekiranya terdapat function yang perlu saya hadiri seperti majlis perkahwinan/ reunion/ birthday party, even malam sebelumnya dah decide nak pakai baju/tudung/seluar yang akan dipakai, tapi last minute saya akan jadik model runaway 3-10 kali jalan depan cermin lepas tu bleh plak fitting baju 3-4 helai yang lain sebab tak puas hati dengan baju yang mula-mula setuju nak pakai. Baju main campak-campak je atas katil lepas tu sbb dah lambat. Bila sampai je kat function yang kita nak pergi tu, mula la rasa cam menyesal tak pakai baju tu la, tudung kaler ni lah..kesal tak ingat! mm, sedangkan kalau muka/body memang cenggitu rupanya, pakai baju yang beli kat harrods pun takkan jadi muka cam selena gomez!! 

  • Senario selepas dapat gaji. Saya selalu sematkan dalam hati ( semat jangan tak semat ), bulan ni jangan shopping baju. Tapi bila jalan-jalan jumpa pulak outfit yang saya berkenan, dah kena pikir 2-3 kali, walaupun terngiang-ngiang ~jangan beli: sila ingat ikrar "semat"  . Pastu saya akan merenung jauh sambil jari mengetuk-getuk dagu. Ayat lazim yang tang-tang tu jugak keluar "kalau tak beli, habis plak stok nanti". Kesudahannya kesal di tengah bulan.

  • Senario tidur lambat. Seringkali saya berikrar ( dah ikrar la pulak, semat dah tak geng ) saya perlu tidur awal untuk mendapatkan kecergasan sepenuhnya untuk bekerja keesokkan harinya. Tapi malam tu, saya gigihkan diri tengok ulangan Masterchef Malaysia, ANTM, Kimora Lives in The Fab Lines dll dengan alasan ~takpe-takpe okey punya esok. Akhirnya kesal bila sampai pejabat dan mula la nak update dalam facebook status "ZZZzzzzz I hate Monday ". Selasa, rabu dan khamis pun kena jugak. Jumaat jer tak ngantuk :-p

  • Senario kecantikan diri. Selalunya saya suka tengok orang yang halus mulus kulit muka dan ramping bentuk badan. Dalam hati, kan best kalau dapat muka dan body yang cun. Pastu sibuk-sibuk la tanya kawan cun tu dia jaga macam mana, makan apa, apa petuanya. Boleh plak gi kedai cari produk seperti kawan yang cun ni guna. Ish, mesti la kena beli sama kalau nak dapat result yang marbeles. Tapi kejap je la, 2 minggu lepas tu, saya tengok produk tu, produk tu tengok saya! Pemalas. Kesudahannya cerita la kesal pada kawan yang cun tu pasal produk dah expired sebab lama dah tak guna. Lelama tengok balik pada kawan-kawan yang cun, mula lah rasa sedih akan kekurangan diri..memang DOL!!

  • Senario sakit. Setiap orang mesti tahu kepantangan yang perlu dielakkan diri untuk tidak jatuh sakit. Masa sihat selalu je melantak dengan jayanya sambil gelak berdekah-dekah selepas kegirangan dan kekeyangan yang dialami. Masa tu mula terasa cam nak sarapan kat fastfood sedangkan hujung bulan, nasi lemak RM2 ko carik. Argh, lantak la melanggar pantang ke hapa ke, yang penting haku kaya, kaya, kaya!! makan kena sedap! Alasan, masa sihat kena la makan yang sedap, nanti sakit semua tak dapat rasa. Kesudahan, berbaring atas katil sambil pakai mask semput amik oksigen. Kesal sebab minum ais! 

Okeh! dah habis cite kesal, meh kita tgk video "projek pistol". Enjoy watching!.  







November 13, 2011

Color-Blocking Trend

In case dulu-dulu dah ada orang start pakai warna-warna berani, mesti cakap "dia tu sah baru keluar dari hutan amazon, nak ikut warna sesumpah la tu" ..saya pun kalau pakai cenggitu, maunya kena baling dengan penyapu dengan emak..mesti emak cakap: kau masuk umah sekarang, ada yang kena dengan getah paip! :-p nampak saya bold perkataan emak saya dengan kaler biru, bukan kaler merah agar saya dapat melupakan imej getah paip itu.

Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi..emak saya pun ada pelbagai kaler yg artistik pada tudung dia, jgn nak sorok mak, saya tau! So anda bagaimana?? Saya pun ada kala mencuba color-blocking pada baju harian saya..tapi secara tak sengaja..sebenarnya salah matching sebab sifat pemalas nak lipat baju yang dah jadi bergunung dalam bakul. Ada pulak bilik khas untuk humbankan baju atas katil tatkala bakul dah penuh. Kuantiti 5 bakul baju tidak mampu menampung rupanya..ish!ish! Kesudahannya, bila kain/t-shirt/tudung tak bertemu pasangannya yang secocok, maka jadik la color-blocking

Di sini, saya sertakan antara color-blocking yang menjadi trend fashionista antaranya yunazaraidianpelangi dan actress kelasss..ko maria!! Scha.











Gambar yang paling akhir, saya tak tau samada nak kategorikan color-blocking atau mata saya yang kena block!! memang tak bole blah..


" Viewer Discretion Advised "










November 11, 2011

111111

Assalamualaikum w.b.t/Ł„Ų³َّŁ„Ų§َŁ…ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ…ْ ŁˆَŲ±َŲ­ْŁ…َŲ©ُ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ ŁˆَŲØَŲ±َŁƒَŲ§ŲŖُŁ‡

Kepoyoan yang begitu meluap-luap, maka nak amik peluang la hari ini utk post entry pada tarikh yang begitu special dan poyo tahap kedua plak berlaku apabila entry ni pun saya setkan masa publish kul 11.11 am..ceh!! Giler kentang mrs.hurray ni (laki den cukup tak gomar ngan namo timangan blog ni ha, dio kato cam baguih, pedulik apo den).....

Berbalik kepada 11.11.2011 Jumaat yang indah ini, for sure mesti ramai yang adakan solemnization ceremony...a.k.a nikah..dan ada juga bertunang atau kapel-kapel baru yg tetibe istihar "i love you" sedangkan boleh cakap semalam tapi gedik punya pasal nak jadikan cerita pada anak cucu tentang kebestan tarikh ni.mungkin si lelaki dah lama nak cakap kapel, tapi si gadis "ok, jgn cakap skrg isi hati u tu, tunggu je 11.11, ok bye" hahaha...mmg perempuan je yang suka pilih-pilih tarikh special spt hari ini sbb perempuan itu brjiwa romantik dan berseni..weetwettwett~

FOR A NEWLY WEDS, MAY YOU ALWAYS  FILL EACH OTHER'S LIFE WITH LOVE ..CONGRATS

copy from I-Khalifah.com

Enjoy Watching bebeh!!


November 10, 2011

Friends ~easy come, easy go

Tajuk entry, macam lyric dalam lagu bruno mars "Grenade"..tapi ini bukan cite pasal ex-boyfie saya tu yer..ini nak cerita pasal sahabat/bestie atau dalam bahasa urdu (hindustan) dost! Boleh tak kita kira-kira sejak kita mula mengenal erti berkawan itu, dah berapa ramai manusia bernama sahabat itu yang hadir dalam diri kita.

Terkira kah anda (dengan gaya isyarat tunjuk ibu jari) sudah berapa ramai yang pimpin tangan, bergelak sakan, bergaduh sbb kes amik pemadam, brcerita pasal lelaki/girl yg dia syok sedangkan kita jugak syok org yang sama tapi takmoh cakap w/pun hati berkata ciss!!..kalau nak buat homework, sila amik kertas mahjong untuk senaraikan kawan-kawan dan kira.....:-)

at the end, pada sampai masa..sahabat-sahabat itu pergi demi negara..ehh! bukan-bukan..pergi kerana keadaan semasa. begitu lah kitaran persahabatan (jangan kaitkan dengan kitaran pembiakan nyamuk aedes okeh!)..easy come easy go..but the memory still remain..

Kadang-kadang, orang kata kita perlu keep in touch melalui telefon /singgah umah /tulis surat (kaedah ini tidak digunapakai, sila jangan kelentong). Ya, itu betul..tapi pada masa sekarang ni, kita nak keep in touch dgn diri sendiri pun tak sempat..Pada manusia cam saya yang memang busy giler :-) semua itu tidak berlaku..hehehe..Saya lebih suka skodeng FB orang.So don't play-play or messed up with me! I know everything..

So di sini saya nak reward rasa kasih saya pada semua sahabat-sahabat yang pernah mendampingi saya. Mana gambar yang saya tak post tu, bukan bermakna saya tak ingat tapi orang glamer cam saya mmg tak cukup tangan nak namakan satu persatu..hahahaha..so sorry sbb terpaksa mencopek gamba tanpa mintak izin. Jangan teringin plak nak saman-saman.hahahahaha..tak-tak, kita salam-salam yer..:-)
                                                                        






 




" Sometimes you put walls up not to keep people out,
   but to see who cares enough to break them down"

November 09, 2011

~weee

1st entry, i've no idea..to avoid me from bla-bla-bla, it's better to add-on my recent holiday pics taken by my cuz. I'm choosing this pic coz it's so sweet to share and the most reason is Mr. bobok (cute eh! the nickname) are the most "sepeters" among his sibling.. .what! only that reason, kemon la ..tak membina lansung entry nih! hahaha..entah aku pun tak tau nak mengarut ape..tapi disebabkan aku rasa macam best je gambo ni and macam bole menang pertandingan ibu mithali peringkat kebangsaan (sambil gengam tangan ala2 nk nyanyi nasyid) tu yang aku post tu..
 
bobok also touching..haha
nak tiru cam gambo syed muzaffar ni, kena pikir 2-3 kali sbb kaki masing-masing masyallah! katil plak queen size je, karang ada yang paling tepi sebelah kaki je masuk dalam gambar (saya 5 beranak ok!)..cun kan gambo bawah nie.
comel kan?
Pada kawan-kawan yg baru dapat baby tu, disyorkan tangkap la gamba se kreatif yang mungkin, tak perlu gambar ala-ala passport PATI ni...cari angle yang lain daripada yang lain..rajin-rajin skodeng orang punya gambar dalam FB ke untuk dapatkan idea atau blogwalking...Ok la, till the next post, di bawah ade pesanan ringkas penaja untuk kengkawan semua.
Terima kasih sebab sudi baca blog Mrs.Hurray! XOXO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...