February 29, 2012

Hari Terakhir...


Bila sebut terakhir tu, orang selalu tak suka..contoh, giliran menunggu terakhir untuk jumpa doktor..perghh, sangat menguji kesabaran..nak-nak masa tekan punat butang nombor giliran, ade lagi 30 nombor didepan..kena masa tu baby monthly check up..sementara nak menunggu turn tu, baby sempat tido, 2x bangun jugak lah, berak, susu dah 2 kali bancuh..amik kau! selalu je dialog kat kepala hotak ni cakap "ish, nape parents lain sibuk gak nk datang check up arinih, kenapa tak datang besok, time aku datang tu la..ko pun nak datang? "..haha..

sebutan terakhir yang tak suka, kalau hari tu hari terakhir nak redeem baucar membeli-belah..saya tak tau la orang lain, tapi kes saya ni incase kalau dapat apa-apa kertas selalu main campak-campak je, tak pun lipat-lipat simpan supaya tidak berselerak dekat umah. Masalahnya bila tak nak berselerak dan simpan, kalau ingat tempat simpan tak apa lah..awak tu dah la short term memory lost. Asal simpan je memang tak akan jumpa. .Tup-tup bila jumpa..alamak, arini last day lah..redeem baucar jusco/parkson..sedangkan RM10 je baucar ko dapat..kalut macam ada baucar RM100....

Ketiga, terakhir untuk tidak membeli..haa, ni selalu sangat la..kalau shopping benda-benda mahal, dialog yang keluar.."ok, kali ni jer nak merasa beli kasut/beg/jam/baju/tipon mahal giler, tengah ada duit ni, baik merasa..kalu tak menyesal"...ikrar cenggitu jangan la dipercayai..selang sebulan pastu, ketagih..mula la mulut tu berbuih-buih kalau tengok "SALE"..

Keempat terakhir, selalunya kalau orang tu nak bertukar tempat keje baru ke/ atau berhenti ke, selalu la cakap..takper masuk lambat/melangok/lunch awal/lunch balik lambat/tangguh keje yang tertunggak..sebabnya ala ni la bulan/hari aku terakhir kat sini, chill la brader..hepp! bekerja lah anda sehingga masa terakhir kerana itu adalah Amanah! (saya kena baca ulang kali perenggan ni..huhu)

Macam mana kita tak suka pun akan Terakhir itu, ianya pasti tiba. Suka dan duka sebelum terakhir itu pasti dikenang. Banyak pengalaman hidup sebelum terakhir itu. Kerana selepas terakhir itu, sesuatu baru yang hadir. Sesuatu perjalanan yang bakal ditempuh. Suka dan duka yang berbeza akan dijalani. Perbezaan itu yang membuatkan hidup kita lebih baik. Tiada yang kekal melainkan Allah s.w.t.




February 24, 2012

S.A.L.I.V.A


Suami kata ikut perangai ibu dia..
Saya kata mulut dia yang salah, sapa suruh buka..
Orang lain kata dia mengidam sesuatu dalam mimpi..
Naufal kata : Ada aku kesah ?
^ - ^









February 20, 2012

Rumah Penginapan Persekutuan (RPP) Langkawi



Hai..Lama tak update belog..satu; sebab tak bayar broadband.hehe (ini pun pinjam my niece punyer)..Incik Celcom, esok saya bayar !

Oleh kerana baru nak update entry, saya nak share tentang percutian ke Langkawi baru-baru ni. Apa yang saya nak cerita mengenai RPP (Sila rujuk full name di Post Title saya). Actually, RPP ni dibawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) yang hanya untuk para penjawat awam. Di sini, anda boleh menginap pada harga yang sangat murah compared to harga hotel yang sedia ada. Namun, ianya bergantung kepada gred jawatan bagi mendapat lebih keistimewaan lokasi percutian dan hotel terpilih.

Ini merupakan kali kedua saya menggunakan pakej RPP yang ditawarkan. Pertama , RPP Bukit Fraser yang terletak di Pahang. Saya memilih seunit banglo yang cukup lengkap dengan segala kemudahan. Mempunyai 6 bilik tidur yang sangat luas, 2 dining room, family hall yang sangat luas, dapur yang lengkap, perkhidmatan Wifi dan kemudahan barbeque di luar. Saya bermalam sehari dengan kadar sewaan berjumlah RM200 SAHAJA ! Murah kan ?

Kemudian pada 15 Feb yang lalu, saya sekali lagi menggunakan RPP untuk percutian di Langkawi. RPP Langkawi merupakan seliaan di bawah Holiday Villa Beach Resort. Apa yang menarik adalah kadar sewa semalam hanya lah RM77 sahaja ! Set sarapan yang ditawarkan juga sangat murah iaitu dewasa hanya berharga RM 8 dan kanak-kanak RM5.

Di sini saya sertakan sekali gambar-gambar RPP di Bukit Fraser dan Langkawi.


RPP Bukit Fraser









RPP Langkawi





Insyallah, kalau ada rezeki mahu ke RPP Penang untuk percutian seluruh keluarga. Sekiranya anda merupakan penjawat awam dan berminat mengenai RPP ini, sila ke laman web RPP. Ianya sangat berbaloi-baloi !

Daaaa

February 07, 2012

Nasi Ayam Kak Senah a.k.a Nenek Cun Vs Donut Kentang



Haa, kali nie punya entry pasal masak-masak. Kali terakhir buat donut adalah 4-5 bulan sebelum. Ni percubaan kedua DONUT tapi pertama bagi PERASA donut kentang. Hoi jakun betul, orang laen dah beribu kali buat, kau baru 2 kali. Sebenarnya saya seorang yang ingin memaju industri kecil di Malaysia. Maka dengan itu harus lah membeli yang frozen food. ;-)

Sebenarnya, saya buat donut kentang ni sebab sangat canggung untuk memulangkan bekas makanan jiran. Cuti panjang yang lalu, jiran saya ada bagi nasi ayam yang sangat perghhh..sedap. Macam tau-tau je orang sebelah tak masak hari tu. Bukan ape, baru pulang beryak-yeh , penat tau jalan-jalan...memang bila sampai je umah, ade bau ayam goreng yang sangat wangi giler..rasa kalau tokei KFC bau pun, kompem dia franchise kan jiran sebelah punya resipi..hahaha...

Ini dia set Nasi Ayam Kak Senah a.k.a Nenek Cun 





So sebagai orang melayu, saya harus membalas juga dan seelok-eloknya yang saya masak sendiri. Harus la balas sebab esok lusa boleh dapat lagik makanan sedap! hehehe..tak-tak, kite sebenarnya kena la balas-membalas perkara yang baik especially dengan jiran, bukan kah itu dituntut dalam Islam. betul tak ?

Ini dia Donut Kentang saya

Abaikan bentuk yang saya sendiri tak tau macam mana nak kepal dan lenyek supaya nampak comel


 See ! Dah salut dengan gula tak nampak pon cepuk-cepuk tuh!


Alamak ! Ada pulak lekuk kak donut ni..takper itu dagu dia, saje nak bagi dia wajah..


Balasan untuk Kak Senah


Part yang paling best, bila anak sulung puji dan kata SEDAP! Ouhh dia ada kat sebelah saya ketika taip entry ni, dan kata Sedap sekali lagik! Konpius plak, donut ke or laptop ni yang sedap..hahaha..terima kasih adam kerana appreciate donut ibu..i'm so touching! ;-) ini baru donut, kalau lah saya buat kek 5 tingkat macam mana plak agaknya kekaguman adam terhadap ibu dia! sure dia sewa slot satu kolum kat suratkhabar untuk mendedikasi terima kasih untuk saya..:-)

Nak tau resipi donut kentang ni, sila google..thanks to my fav bloggers http://masakanmelly.blogspot.com/  sebab kerana melly saya pun nak cuba buat! so nak tau resipi, ada saya tulis kat bawah, selamat mencuba !

Resipi Donut Kentang

4 cawan tepung gandum
2 biji kentang direbus & lenyek
1 1/2 sudu besar marjerin
1 1/2 sudu kecil yis
1 biji telur
2 sudu besar susu tepung (terima kasih kepada naufal)
80 ml air suam (agak sendiri)

~ gaul semua bahan sehingga keadaan doh tidak melekat
~ biarkan selama 1 jam @ 40 minit
~ tumbuk-tumbuk doh supaya keluar angin
~beri 2 doh kecil untuk anak sebagai alat mainan masak-masak supaya keje anda tidak diganggu (Boleh skip sekiranya tidak mengalami masalah seperti saya )
~ bentukkan doh dan biarkan sekejap sehingga bentuk naik 2x ganda (tutup dengan plastik)
~ pastu gorenglah, jangan plak rebus..hahahaha

Kalau nak guna gula, kisar 2 sudu besar gula, tapi kalau nak coklat, masak coklat makanan beserta 2 sudu besar susu.


Siap ! 






February 06, 2012

We're The Perfect Two






Alhamdullilah, usia perkahwinan dah ke angka 7 tahun. Masih bahagia bergelar isteri dan ibu. Bersyukur masih belum ada dugaan hebat dalam usia perkahwinan ini.

Walaupun baru terkedek-kedek dalam alam rumah teres 2 tingkat (kata ganti rumahtangga), saya nak ucapkan syabas pada diri sambil tepuk-tepuk bahu sendiri *plap*plap*plap comelkan bunyik tuh! haruslah tepuk comel-comel kan kata nak ucap syabas! mana boleh tepuk macam nak bagi rebeh bahu..

Ok, bila dah cerita pasal anniversary ni..mesti readers nak tau story-mory percintaan kami. Chewah, ko bajet best la,  ramai sangat ke readers ko kat luar tu..berangan yang readers semua dok pakat-pakat nunggu entry ko kali neh sambil peluk bekas tupperware berisi popcorn kunun lah! hahaha. Biasak le, hidup kena la hidung kembang setaman dengan gaya peluk tubuh melambangkan konfiden. Arghh ! (sambil tepis idung) ini aku punya belog, aku punya sukak! hahaha *gelak terhenjut-henjut bahu.

Acah je, tak kuasa mak nak cite-cite kat sini..Apa kes..
alaaaaaaa *suara orang ramai serentak cakap ala*
hahahaha, seronok plak up diri sendiri. Ni dah 2 kali seronok, maka dah dua ronok. Baik, mari saya share percintaan dengan sang suami kat sini. Al-kisahnya, kami berkenalan ketika di US -Long Island High School. Bermula apabila suami tegur skirt uniform sekolah yang ala-ala Britney "Baby, One More Time" yang saya pakai tu ada terlekat chewing-gum. Bila dah tegur-tegur, kami bertukar telefon bukan nombor okeh, sebab dah kaya sangat, "Nah! ko amik telepon aku, aku amik ko punya, pastu dail nombor tipon sendiri" begitu la detik-detik sehingga membawa kami ke pelaminan. Sekian, terima kasih ;-p

So, kalau ade sapa-sapa rasa nak amik jalan percintaan saya dan suami untuk dijadikan senaskah novel sebelum diangkat menjadi filem, boleh hubungi saya..hahahaha..

Dah insaf, tak pakai skirt britney lagi dah!   


Maaf pada individu yang punyai ketinggian bawah pinggang, gambar telah di crop !


Okeh dah habis mengarut, apa yang saya nak share ialah kita punyai peluang dalam hidup untuk menghargai setiap momen dan individu-individu yang menyayangi kita. Carilah kasih-sayang itu di mana jua anda melangkah kerana ia mudah didatangi dan mudah pergi. Hargailah sebelum anda menyesali kerana hidup ini singkat, peluang menyayangi terhadap manusia tiada yang kekal, Hanya cinta terhadap Allah s.w.t yang abadi. Sempena Maulidur Rasul 2012, saya menzahirkan rasa cinta pada Rasullah s.a.w dan berdoa agar Allah memberikan kesejahteraan kepada roh baginda, keluarga dan para sahabat yang setia. Amin.


Maaf membongak di perenggan keempat. Ini kerana penulis berada di bawah keadaan halusinasi. Sila abaikan cerita tersebut kerana ianya mampu memudaratkan mental anda sekalian. Sebarang kesulitan amat dikesali.

Sebagai, tanda kasih untuk bebeh suami saya tuju lagu gedik dan comel untuk anda. Nanti kita karaoke lagu ni sama-sama ye! ;-)




^ ____ ^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...