March 25, 2012

Feveret tv show

Hari minggu adalah hari untuk cerita berikut :


¤¤tempat pertama



Pelakon siri yang daku sangat gemari, jatuh kepada....

♥ schmidt♥



¤¤tempat kedua



Pelakon siri yang daku sangat kagumi, jatuh kepada....

♥barney♥






¤¤tempat ketiga

< cuba teka>

Dengan gamba pelakon di bawah anda pasti tahu...

♥gwaine♥



For sure ls MERLIN


¤¤tempat keempat




For sure si devil chef GORDON RAMSEY♥....



♥♥♥♥♡♡♡♡♡ ITU YANG SAYA SUKA, ANDA PULA? ♡♡♡♡♡♥♥♥♥

March 21, 2012

Aku yang sengal!

Dengar radio dan sengih macam orang gile sebab celoteh dj yang sangat lawak adalah rutin harian di dalam kereta. Lepas start enjin, memang terus buka radio..ops! salah tu...tutup pintu..apa ke gila ko drive sambil bukak pintu...ok kita serius sket..;-)

Tipu la kalau driver keras je dengar radio tanpa sebarang emosi. Saya jenis kalau lagu rancak bukan main gedik bahu terhenjut-henjut sampai stereng jadi tersasar sikit dari kawalan. Haru. Itu baru cerita bab lagu rancak..Lagi parah kalau keluar lagu sedih. Nak-nak masa drive tu takde kereta lain, memang feel macam pembikinan video klip. Rasa macam ade kamera shoot kat luar tingkap. Tangan siap depang-depang mengikuti melodi. ..lagi penyanyi tarik nada tinggi, setinggi itu la tangan ni depang pastu lekat di dada ikut corak kesedihan lagu. Apa ke sengal feeling lebih dalam kereta ni. Tapi itu lah dia.

Tu yang kadang-kadang kalau balik kampung dan orang lain drive rasa haiseh! camne nak feel ni? Lagu sedap. Tapi malu sebab ada orang. Itu yang terjadi berangan pulak! Mula start nak menjiwai watak. Watak heroin je dipilih. So nak sengih sorang-sorang tanpa disedari oleh driver haruslah duduk belakang driver. Huahuahua...

Rasa orang berbintang sagitarius ni memang suka berangan. Masa kecik pun suka cakap sorang depan cermin. Kira kalau malam atau siang sebelumnya tengok drama ke, memang pastu berlakon la balik watak feveret tu. Memang tak bleh blahh la kebuduhan masa tu. Hahaha.

Rasa semua orang punyai waktu-waktu sengal tersendiri cuma mahu tak mahu admit je. Betul tak? Lu sendiri pikir le.....o_O

March 11, 2012

aduh penatnyaaaaa....

Assalammualaikum...


Melihat tajuk entry ni, bukan saya baru habis workout atas treadmill..atau jogging 1.5km...atau aerobik ala k-pop..ohh!  bersenam dah bukan dalam list hidup saya..bukan tidak mahu, tapi saya dah tak tau mana nak selitkan aktiviti itu.


Orang kata nak seribu daya, tapi memang dah tak berdaya. Penat semakin menjadi-jadi..Kenapa? Apa?


Kalau saya cerita, jangan ketawakan saya. Saya penat kerana punyai 3 orang anak. Memang lucu mendengarnya tapi itu lah dia... Dulu anak seorang, rilex jer. Masuk nombor dua, ok lagi. Bila masuk nombor 3, masyaAllah..


Walaupun jarak anak yang tengah dengan nombor 3 itu agak jauh, stress itu sangat tinggi menguruskan kesemua mereka.


Benarlah kata orang, menjadi ibu adalah pekerjaan yang paling sibuk namun sangat berbaloi. Ketika ini kita merasai penat, kita bersyukur merasainya kerana kehadiran anak yang sihat, nakal, riuh, tawa-tangis dan gaduh-gembira mereka masih kita dengari dan amati.


Ada insan antara kita masih belum punyai zuriat, miliki anak yang dibelenggu penyakit kronik dan juga telah kehilangan anak tersayang maka kita yang masih memiliki segala jua kehidupan yang sempurna ini haruslah bersyukur. Masih mampu mengukir momen indah untuk dikenang kerana anak itu harta yang tiada galang gantinya.


Terima kasih pada Allah akan nikmat yang diberikan. Oleh itu harus lah kita hargainya sebelum nikmat-nikmat itu di tarik balik kerana hak mutlak itu kepunyaan DIA. 


Oleh itu betapa penatnya saya, saya bangga mengatakan yang saya ENJOY! 

                       @%&*/-+(¤"+*&


                 Haaaahaaaaahaaaaa  :-D


Published with Blogger-droid v2.0.4

March 05, 2012

KEK CHEESE OREO o_O

Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Mari kita belajar masak-masak.tingtang-tingtang alexander..o_O 

Pakai apron motip bunga bertopi chef tinggi..mari sini baca rapat-rapat mulut herot bengok baca mak tulis..haiseh! Naper ikut baca..kan buruk mulut tuh..haha..

Hari saya nak ajar ( ko pun belajar terkial2 ade hati nk jadi alexander) buat kek cheese  Resipi..tak perlu poyo-poyo saya nak share sebab anda leh google je. Berlambak dan banyak giler bloggers post resipi ni.

Saya just nak share gamba kek cheese oreo.je.. Seperti orang kata; hanya gambar mampu berbicara..sedangkan bulan boleh berbicara bak lagu broery marantika(eh betul ker ejaan nama artis indo ni) inikan pulak gambar..kemon la..

Saya muatkan sekali gambar kek cheese oreo saya berserta gambar bahan-bahan yang sempat dirakam bagi jamuan mata anda sekalian. 

Olek kerana geng fb nak jugak resipi saya kena masukkan dalam entry ni..walhal malas betul nak taip.  

Bahan

¤ BASE: Biskut oreo 40biji dan 1 cawan mentega cair

¤ FILING: Cream cheese, Sour cream (leh pakai whipping cream tapi perlu sebiji lemon), 1/2 sudu esen vanilla, 1 cawan gula kastor, 15 biji biskut oreo dan 2 biji telor. 

Cara 

¤ Kisar oreo (40 biji) tanpa cream dan campurkan bersama mentega. Alihkan di dalam loyang. Bakar 180°c selama 20 minit. Sejukkan seketika ke dlm peti es.

¤ Putar cream cheese dan masukkan gula, esen vanilla, sour cream dan telur.  

¤ Patahkan 15biji oreo tanpa cream dan campurkan  bersama bahan filing.  

¤ Tuangkan ke atas base dan bakar dalam oven 180°c selama 45minit secara steam bath (steam bath adalah kaedah loyang kek diletakkan di dalam dulang berisi air ) 

¤ Setelah kek masak biarkan seketika sejuk di dalam oven dan kemudian dinginkan dalam peti es sebaik-baiknya semalaman.  SELAMAT MEN'TRY' !!

Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...