April 21, 2012

Masak online

Kann..sungguh ronok-ronok kalau main masak masa kecik kecik dulu. Siap sorok sudip dlm baju untuk diseludup keluar rumah. Posisi sudip haruslah di bahagian belakang badan dan disendal dengan getah seluar agar tak jatuh. Cuma kuali tak berani nak bawak keluar sebab karang kalau sorok di bhgn depan badan, mak akan histeria nengok anak dara dia mengandung dalam sekelip mata..

Itu dulu sekarang ada ke anak-anak kita naik main semua tu. Itu yang rugi anak zaman sekarang kurang aktiviti outdoor. Zaman fesbuk / ipad / online games katakan.. Plus, mak ayah tak berani bagi anak keluar sebab kes jenayah banyak. Adventure betul jadi ibubapa zaman sekarang.

Bercerita pasal masak masak ni, saya suka jugak masak secara online. Ohh bukan tengok resipi. Tapi main game masak masak.

Marilah tengok masakan saya. 1 minit siap tau!



♥ ice-cream



♥ kaw-kaw burger bukan setakat bakar ; rebus pun ye



♥ cake takde recipe



♥ cupcakes







Hanya tengok gambar cukup buat saya teruja. Kan seronok ada button yang boleh saya tekan dan makanan tu terus keluar depan mata ala-ala vending machine. Bestnyerrr..

April 09, 2012

Amoi..kasi potong !!

Tengok muka, sangat sedih..sedih la woo, rambut lama ala-ala artis k-pop. Hujung rambut siap curly. Tapi sebab kerana daftar PLKN haruslah...

Ok tak perlu banyak cakap, kasi rolling je pics. * mode: hempas pintu kuat-kuat*























April 07, 2012

April 03, 2012

Afif Naufal

Perkara biasa..biasa..biasa..

Apa yang biasa? Bila ada anak.

Dulu masa bujang, syiok ambik gambar. Dan posing yang selalu buat dalam setiap gambar adalah tangan "peace".. Aiseh, dah itu je trademark..automatic..puas cuba yang lain, tapi tu yang keluar..

Bila dah kawin tapi sebelum dapat anak..pose sopan tapi ada satu pose orang lain tak perasan. Pose menahan nafas agar perut tidak kelihatan buncit. Boleh biru muka kalau orang yang ketik gambar boleh plak terkial-kial..hoii cepatlah, aku dah lama tarik nafas dalam-dalam (dalam hati bape kali nyumpah). Berpeluh-peluh. Punya lah nak nampak berperut sekata ala kate moss.

Bile dah ada anak, dah tak heran nak posing. Kira dah low profile. Banyak gambar anak. Lagi-lagi kalau ada baby. Anak yang besar sila tangkap gambar anda sendiri! Anda dah tak comel dan busuk..haha..

Ini antara momen-momen yang buat saya kenang sepanjang hidup saya. Anak yang ketiga saya yang cukup disayangi. Haa..kecik-kecik semua intan payung, besar sikit bakal disebat.haha..u better watch out afif  !!  o_O


















March 25, 2012

Feveret tv show

Hari minggu adalah hari untuk cerita berikut :


¤¤tempat pertama



Pelakon siri yang daku sangat gemari, jatuh kepada....

♥ schmidt♥



¤¤tempat kedua



Pelakon siri yang daku sangat kagumi, jatuh kepada....

♥barney♥






¤¤tempat ketiga

< cuba teka>

Dengan gamba pelakon di bawah anda pasti tahu...

♥gwaine♥



For sure ls MERLIN


¤¤tempat keempat




For sure si devil chef GORDON RAMSEY♥....



♥♥♥♥♡♡♡♡♡ ITU YANG SAYA SUKA, ANDA PULA? ♡♡♡♡♡♥♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...