Showing posts with label Fashion. Show all posts
Showing posts with label Fashion. Show all posts

January 25, 2012

Kasut jantan



Kasar bunyik nyer..sebut la kasut boyish..sebutan hujung pun cam haisshhh! comel je.. Lama dah nak rembat, rasa tahun lepas..tapi bukan tak mampu, murah je..tapi biasa le nampak lain rembat lain dulu..payah nak jumpa si boyish ni sebab saya bukan kaki shopping area kl tuh..Jammed! Parking! Anak ! hewhewhew..semua buat saya macam "hei, you..talk to the hand! " ~ko suruh sapa sebenarnya yang cakap dengan tangan ko neh? mmm, entah le..tetibe teringat Arnold S..


Ok, back to the story..terjumpa kasut boyish ni kat JJ Balakong..Tapi saya tak panggil boyish shoes, nama kasut tu oxford shoes..ohh! ini kalau pakai bleh ngaku graduan universiti oxford..:-)
Entah le, dah memang nama dia cenggitu.. Nak pakai kasut oxford ni kena ada kawin-kawin (matching) supaya nampak cumel gitu.



The most popular combinations:
  1. Vintage T-shirt + skinny jeans+ oxfords
  2. Dress/skirt + blazer+ oxfords
  3. Vintage T-shirt + distressed denim shorts+ oxfords
Tak caya meh nengok :

 nak

 nak no.2


 nak no.3

 wow ! lagik la saya nak



 
 british shoes

 cumel amoi ni

 red hair suit with red legging + brown oxford

 cumel nye dia

 







Tapi saya nak carik yang flat sebab more comfort (ceh! alasan..sedangkan ko dah mengalami reput tulang @ osteoporosis )..acah je..blom lagi sampai sesi reput-mereput ni..tapi mendukung baby yang berukur lilit 2 kali pusing dan berat 10kg beras cap rambutan itu, membuatkan saya memerlukan base yang lebih rata dan mencengkam..hahahaha. tak caya , sila daftar kan diri untuk jadi baby sitter sehari..amat dialu-alukan.


bakul cap mydin disediakan pada sesapa nak jaga



adios

sources : www.fashionodor.com
                 doc.martins spring collection 2011
              lookbook

January 11, 2012

Beg Tangan Bagak



Dulu masa single-mingle, kalau menjinjing beg tangan tu mesti yang nak kiut-kiut jer saiz dia, kira kalau kepit bawah ketiak memang tak nampak la sebab lengan lebih besar dari beg tangan. hahaha..tapi itu dulu..

Selepas jadik mangsa dan melahirkan anak-anak, kalau boleh nak beli beg tangan sebesar beg plastik hitam sampah tu. Apa tidaknya, kalau outing jer bersama family, saya umpama pegang sepanduk "semua barang; sila humban kepada saya!" Kata je apa sahaja yang selain dari alat kosmetik~pampers, kunci umah, botol susu, puting susu, sampah gula-gula semua ada. Naik rebeh bahu!

Cerita pasal bag bagak ni a.k.a oversized bag, meh kita tinjau-tinjau. Mana yang berkenan tu, sila layangkan surat pada suami atau boypren anda untuk tindakan seterusnya.



kalau isi baby ni pun boleh muat nih









Ni betul-betul oversized 


SJP









Wah..kalau dapat satu, seronok..kalau dapat banyak.ronokyak-ronokyak!



sumber: google je ^->


January 06, 2012

Baju kelawar



Tak pernah pun cita-cita nak jadi kelawar walaupun lahir di kluang (nama comel lain selain kelawar) , Johor.

Tapi saya sungguh seronok tengok orang especially mak saya pakai kelawar sebab masa dia jalan tu macam dalam cerita hindustan ade kipas angin besar kibar-kibarkan baju dia. nasib baik rambut mak saya tak rebonding. 

Saya pulak takda set baju kelawar sebab saya rasa ketinggian saya bak pokok renek maka kalau saya pakai macam bonsai berjalan, so maaf ye baju kelawar jangan sedeh-sedeh sebab anda tidak terpilih dalam closet mewah saya!

contoh baju kelawar konvesional

 gigih betul makcik dan pakcik dalam gambar ni buang habuk almari ;-)

Sekarang ni di upgrade la sikit, design kelawar ni, panggilan pun tak main la sebut kelawar..batwing, konon nak sedap sebut sedangkan sama je maksudnya. kesian bahasa melayu.

Batwing baru ni memang cun kalau dipakai dengan jeans. Saya antara yang meminati sebab cutting batwing ni dipendekkan ke paras punggung so takde la nampak saya macam bonsai dah..nampak cam supermodel je..hahahaha..

















Gambar sendiri haruslah post






Bila dah pakai batwing, jangan la bajet-bajet pergi kat rooftop, terjun ke bawah dengan harapan boleh terapung. Tapi boleh la kalau nak try, pastikan ade tong sampah besar kat bawah nun. Pastikan anda landing dengan bergaya. Selamat Mencuba!



Gambar lain dicedok dari lookbook.




December 06, 2011

MC hAMMer Pants


Kalau boring, saya suka tengok  lookbook .Saya suka tengok orang cantik-cantik dan fesyen comel-comel kat website tuh. Semua gaya ada, cuma gaya saya je takde! hahahaha.  

Saya suka tengok trend sekarang, pelik pun ada unik pun ya..tapi kalau orang lawa yang pakai walaupun ianya pelik , memang akan jadi lawa la. Cuba kalau saya yang pakai, pasti seluruh kampung gelak bergolek termasuk ayam-ayam di reban...

Sebab tu, saya nak tulis entry pasal Harem Pant . Sebut betul-betul, harem bukan karem. Dulu Mc Hammer penah pakai, lawok plak nengok..cam ada sakit ketuat gajah kat peha plak...:-)




Tapi, itu dulu....


Sekarang, harem pants tu kasi cantik, kasi adjust bentuk sikit, baru senonoh sikit saya tengok.









 dr kiri : Kim K, ehem-ehem dan Rihanna 



comel kan, bawah ni lagi comel ~







 keciknya kaki dia, 
hoii..orang cerita pasal seluar bukan kaki!!










Tapi jangan jadik macam ni, ;-p


macam pakai pampers plak..



00
'U'




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...