Showing posts with label problemo. Show all posts
Showing posts with label problemo. Show all posts

February 24, 2012

S.A.L.I.V.A


Suami kata ikut perangai ibu dia..
Saya kata mulut dia yang salah, sapa suruh buka..
Orang lain kata dia mengidam sesuatu dalam mimpi..
Naufal kata : Ada aku kesah ?
^ - ^









January 31, 2012

we are what we wish for


Orang kata dengan berblog kita senang untuk berbicara. Just amik je apa yang berlaku di sekeliling kita then share pada orang melalui penulisan. Ada orang yang suka bercerita, ada orang yang suka berkongsi dan ada orang suka memberi. Melalui pengalaman orang lain kita dapat merasainya juga walaupun tidak melalui. Penulisan ibarat lidah kedua kerana ianya hadir daripada hati dan fikiran seseorang dalam merencanakan sesuatu perkara. Maka adakalanya penulisan itu berbentuk pojok, maka tulisan itu berupaya mengecewakan dan memberikan kecacatan kekal (innerside) buat seseorang.

Selalu berfikir apa lah guna kalau hidup saling menyakiti dan gembira di atas kesedihan orang lain. Apa gunanya kebahagian jikalau selalu berpandangan ke kiri walaupun ke kanan itu lebih baik. Hidup ini sebenarnya sungguh simple ! Percaya la..Bahagia itu bermula dari diri. Kalau diri tidak bahagia maka akan yang menjadi titik tolak untuk tidak membahagiakan orang lain. Tidak upaya menceriakan diri dan bersyukur itu maka akan selalu berasa dengki pada orang lain walhal ada manusia lain diceruk-ceruk, di luar sana dan mungkin kita sendiri tidak terpikir tempatnya lebih merasai keberuntungan hidup. Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik daripada apa yang kita miliki.

Hidup ini sangat singkat . Bawa lah kegembiraan itu pada diri sendiri dan orang di sekeliling agar perjalanan hidup lebih terisi untuk dikenang. Berilah kegembiraan itu walaupun sekumit sekalipun ianya mampu menerbitkan senyuman pada orang lain. Berikan saudara sekeliling akan kecintaan anda dan anda akan dikenang sebagai orang yang disenangi. Ianya lebih indah dari segendong harta yang ditinggalkan Karun. Karun itu orang yang rugi, adakah anda ingin seperti dia ?

" some people just don't know what they wish for..The truth is we are what we wish for "



December 06, 2011

Maaf cikgu anak saya tak bersalah..



Godek punya godek, mata saya menangkap ( hebatkan mata saya sebab ada tangan! ;-p ) informasi yang tak pernah saya jakunkan sebelum nih..

Yelah, tahun 2011 anak masih sekolah main-main, name-tag pun tak pakai, stokin takde pun.. no hal, beg sekolah hanya bawak baju siang untuk pakai kat taska je, pencil box pun tak wujud inikan pula pembaris..so saya pun dong-ceh-dong-ceh seperti alunan musik tarian naga, suka-suka booking cuti walhal tak sedar tahun 2012 anak tu standard One..

Dengan ini, saya berharap bakal cikgu-cikgi kelas sudi menerima surat mohon maaf atas ketidakhadiran anak pada satu ketika nanti, tapi saya nak bubuh alasan apa yer. takpe-takpe nanti saya buat sesalinan surat mohon maaf itu ke Air-Asia juga .Mana tau Air Asia alert nak bubuh jadual cuti persekolahan dalam website dorang ker sebagai rujukan " Hoi, korang tengok tarikh dulu samada anak korang sekolah ke tidak, jangan asyik nak suruh anak ponteng je, macam mana nak melahirkan pelajar 2020 nih??" Sangat panjang pop-up reminder !! Perghh, kalau ada la, gua sayang sama lu lah, Tony Fernandes!

Sila-sila lah rujuk jadual di bawah. Untuk sekolah bahagian Utara, hangpa kena check sendiri la, sebab den (tetibe plak nogori, giler tak seimbang tatabahasa) post jadual cuti yang negeri-negeri yang bercuti sabtu dan ahad sahaja.



Gamba icon melambangkan kebahagiaan memonteng



Harap-harap cikgu jangan la adakan peperiksaan masa tuh, kalau adakan juga maka cikgu tak prihatin..boleh tak cakap camtu?     ^-^


~lalalala~


December 02, 2011

Putus Kasih???



Dengar je tajuk entry, leh menimbulkan trauma pada sesiapa yang sedang bercinta atau sedang bertunang. Phewww ! Nasib baik saya dah selamat beranak tiga. TIGA~kasi besar sikit ejaan tu..alhamdullilah..nasib baik saya sedar status saya ni, sebab ada ketika rasa macam baru je sweet 17..hahahaha

Sebelum saya ke nombor TIGA itu, saya pun ada melalui fasa-fasa bercinta dan bertunang. Wei, sure la lalu..saya bukan jenis yang mengintai-intai di balik jendela melihat muka bakal suami kerana kegagalan mencari pasangan lalu dikahwinkan atas persetujuan ibubapa atau "mak nak kawinkan ko dengan si xxx, ko suka ke tak mak tak pedulik, si xx tu banyak harta sampai 7 keturunan pun ko tak abis makan" ~ tak-tak saya tipu je, mak saya tak pernah cakap cenggitu (nasib baik kalau tak dah kena cucuk dengan ikan todak)..:-)

Tak kisah la, family arrangement ke atau carik sendiri ke, saya bukan nak cerita pasal baik-buruk kaedah-kaedah itu dan saya juga tak terrer nak menasihat orang apatah lagi nak nasihat diri sendiri. Toksah nak serabut-serabut sebab blog saya ni blog main-main. Sebab itu saya pilih topik kacang-kacang yang tak akan keluar dalam silibus mana-mana mata pelajaran  di dalam mahupun diluar negara.

Jom kita bincangkan manisnya bercinta itu sebelum pahitnya putus bercinta di~


dan sila tekan butang  buzzer (right-click:open in new tab) kalau setuju nak join blog-show ini! 

Saya tak dengar la buzzer tu, tekan sekali lagi ! 
okey, dah cukup..tak payah bersungguh nak tekan, saya belum pekak lagi  :-p



Situasi pertama  :






Selalu ada instinct for each other. Cth: " Eh, awak ni macam tau je, saya baru je nak call awak jugak"
Fakta salah : Gerak hati terhadap sesuatu/orang yang adakalanya jauh beribu batu dapat dirasai oleh pihak yang lain. Tapi jangan la sampai ke tahap bila sama instinct ketika bercinta itu menandakan kestabilan hubungan tersebut dan tetiba la excited keluar dialog hati "wah, memang confirm la dia pasangan hidup semati aku ni sebab sama la rasa, bukan sekali dua terjadi..yeay! aku akan kawin dengan dia"
Fakta benar : Gerak hati itu kebetulan sebab masa tu korang bercinta, kalau tak bercinta pun boleh rasa pada  sesuatu yang buruk seperti terjatuh gelas/cawan dan 5 minit kemudian dapat tau kambing accident..dan macam kes saya plak, 20 kali bercinta termasuk cinta terakhir dengan Jacob black pun selalu je ada gerak hati, tapi tak jugak dapat kawin dengan ex-20 orang tuh..LOL

Situasi kedua  :





Senantiasa terasa si Dia yang paling hensem/lawa
Fakta salah : Memang selalu kita memanipulasi mata kita bahawa pasangan kita tu hensemnya bak Edward Cullen atau cantik seperti Bella..Perghh! betul-betul tertikam kesuma hati. Apatah lagi, bau dia pun kita ingat sampai boleh tau nilai ph kulit dari 0-14 kadar zat asam dan zat alkali pasangan tu.
Fakta benar : Halusinasi berakhir jika kita mula putus cinta/tunang, mula la rasa tak hensem/cun la..sedangkan itu la muka yang ko puja-puja dan muka itu la yang boleh jadi bahan gaduh dengan kawan disebabkan kawan tu boleh plak kata "aku tengok muka balak ko tu cam muka pecah umah la, macam baru minggu lepas aku tengok muka pesen tu masuk umah jiran sebelah kita" melampau tul..:-)

Situasi ketiga  :




Sentiasa positif terhadap pasangan

Fakta salah :  Kita selalu mengharapkan bahawa pasangan kita akan berubah setelah berumahtangga, seperti contoh akan menjadi warak, menjadi menantu pilihan, contoh kepada masyarakat sekaligus kepada pertiwi..hahaha..macam hampeh je bunyi ayat!
Fakta benar : "Guruh dilangit air tempayan dicurahkan"..malas nak explain sebab sekarang ramai guna pili air..wakluuu, acah je! Pepatah tu menerangkan yang kita tak boleh la mengharapkan/yakin terhadap sesuatu yang belum pasti kerana elemen-elemen bak "surprise sambil belon meletup-letup" atau "tahniah! kerana mendapat pasangan yang tak best! " akan sentiasa berlaku...hahahaha..sebab masa couple semua hipokrit..sapa kata kentut masa bercinta wangi memang bangang la tu..ade ke suka cium kentut, apa daa..cium la ayam kfc ke kan lagi best..


Sebenarnya banyak lagi fakta benar atau salah, tapi sebab hos rancangan ade job lain kat TV Pendidikan, maka setakat itu je la nak main tekan-tekan buzzer .

Cerita Moral Minggu Ini : Sekiranya anda bersikap baik sepanjang penghidupan di atas dunia ini, maka anda dijanjikan juga pasangan yang baik atau begitu sebaliknya. Namun sekiranya anda gagal/ditakdirkan menerima pasangan yang kurang baik, anda harus menerima seadanya dengan lebih mendekatkan/membetulkan diri masing-masing kerana Allah itu lebih tahu akan setiap kejadian. 
~ titipan yang sempat dikongsi sebab minggu lepas hos rancangan jadi tetamu jemputan Rancangan Semanis Kurma. :-)

~ Peace No War~



November 14, 2011

Kesal ringan-ringan

Sebut pasal kesal, saya teringin nak share satu topik perlakuan yang selalu buat saya kesal tapi saya buat jugak :-) Di entry ni saya nak bincangkan kesal yang ringan-ringan.... mmm, kesal ringan-ringan? takpe, ini blog saya, sukahati saya la nak klasifikasikan.. LOL!!

Kesal ringan-ringan saya ni berkemungkinan sama dengan kesal anda. Kalau tak sama, bermakna memang saya ada masalah jiwa kronik la nih..hehehe. Meh kita lihat list kesal ringan-ringan itu spt di bawah:

  • Senario menghadiri function. Sekiranya terdapat function yang perlu saya hadiri seperti majlis perkahwinan/ reunion/ birthday party, even malam sebelumnya dah decide nak pakai baju/tudung/seluar yang akan dipakai, tapi last minute saya akan jadik model runaway 3-10 kali jalan depan cermin lepas tu bleh plak fitting baju 3-4 helai yang lain sebab tak puas hati dengan baju yang mula-mula setuju nak pakai. Baju main campak-campak je atas katil lepas tu sbb dah lambat. Bila sampai je kat function yang kita nak pergi tu, mula la rasa cam menyesal tak pakai baju tu la, tudung kaler ni lah..kesal tak ingat! mm, sedangkan kalau muka/body memang cenggitu rupanya, pakai baju yang beli kat harrods pun takkan jadi muka cam selena gomez!! 

  • Senario selepas dapat gaji. Saya selalu sematkan dalam hati ( semat jangan tak semat ), bulan ni jangan shopping baju. Tapi bila jalan-jalan jumpa pulak outfit yang saya berkenan, dah kena pikir 2-3 kali, walaupun terngiang-ngiang ~jangan beli: sila ingat ikrar "semat"  . Pastu saya akan merenung jauh sambil jari mengetuk-getuk dagu. Ayat lazim yang tang-tang tu jugak keluar "kalau tak beli, habis plak stok nanti". Kesudahannya kesal di tengah bulan.

  • Senario tidur lambat. Seringkali saya berikrar ( dah ikrar la pulak, semat dah tak geng ) saya perlu tidur awal untuk mendapatkan kecergasan sepenuhnya untuk bekerja keesokkan harinya. Tapi malam tu, saya gigihkan diri tengok ulangan Masterchef Malaysia, ANTM, Kimora Lives in The Fab Lines dll dengan alasan ~takpe-takpe okey punya esok. Akhirnya kesal bila sampai pejabat dan mula la nak update dalam facebook status "ZZZzzzzz I hate Monday ". Selasa, rabu dan khamis pun kena jugak. Jumaat jer tak ngantuk :-p

  • Senario kecantikan diri. Selalunya saya suka tengok orang yang halus mulus kulit muka dan ramping bentuk badan. Dalam hati, kan best kalau dapat muka dan body yang cun. Pastu sibuk-sibuk la tanya kawan cun tu dia jaga macam mana, makan apa, apa petuanya. Boleh plak gi kedai cari produk seperti kawan yang cun ni guna. Ish, mesti la kena beli sama kalau nak dapat result yang marbeles. Tapi kejap je la, 2 minggu lepas tu, saya tengok produk tu, produk tu tengok saya! Pemalas. Kesudahannya cerita la kesal pada kawan yang cun tu pasal produk dah expired sebab lama dah tak guna. Lelama tengok balik pada kawan-kawan yang cun, mula lah rasa sedih akan kekurangan diri..memang DOL!!

  • Senario sakit. Setiap orang mesti tahu kepantangan yang perlu dielakkan diri untuk tidak jatuh sakit. Masa sihat selalu je melantak dengan jayanya sambil gelak berdekah-dekah selepas kegirangan dan kekeyangan yang dialami. Masa tu mula terasa cam nak sarapan kat fastfood sedangkan hujung bulan, nasi lemak RM2 ko carik. Argh, lantak la melanggar pantang ke hapa ke, yang penting haku kaya, kaya, kaya!! makan kena sedap! Alasan, masa sihat kena la makan yang sedap, nanti sakit semua tak dapat rasa. Kesudahan, berbaring atas katil sambil pakai mask semput amik oksigen. Kesal sebab minum ais! 

Okeh! dah habis cite kesal, meh kita tgk video "projek pistol". Enjoy watching!.  







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...