November 25, 2011

Moslem : Diventare Di Moda




Melihat pada tajuk entri,  saya belasah je betul ke tidak ayatnya. Kunun nak up la sikit entri blog dengan guna bahasa Itali.

~welawei, ko cuba tengok followers blog ko nih hanya 7 orang je tolak satu sebab ko jugak followers pada diri sendiri so ada hati nak guna italiano ~

Agak-agak segerombolan tak orang view entry saya nie?.takpe saya tanya, saya jawab sendiri..:-) .ko syok sendiri jee dikkk oiii. Ok saya pasrah!

Berbalik kepada tajuk entri tu sebenarnya nak tulis " Muslimah Yang Fashionable"  . So godek-godek kamus English-Itali dapat le word reference. Biasalah, keje saya satu hari adalah tak sah kalau tidak "blogwalking". Tak kisah la jenis blog asalkan ianya menarik, tertarik dan ko memang 'da boomm!~Kite yanyi dulu~

Ok dah abis menyanyi, sambung balik. Oleh sebab saya ni jenis yang suka melangok blog-blog orang, saya jumpa satu site fashion muslimah yang saya rasa memang best. Rasa di Malaysia belum ada himpunan fashion Muslimah sebegitu dan saya macam nak buat lintasan hormat (sambil tabik naik kereta jip ala-ala Agong) pada individu/fashion designer ini kerana mewujudkan stop-centre pada Muslimah yang berkeinginan untuk kelihatan hip dan trendy.

Sememangnya yang kita tahu Indonesia itu besar wilayahnya maka begitu juga dengan hub fashion muslimahnya. Rasa lebih maju dan berani (itu pandangan saya lah !). Cuba tengok !




Ohh..cantiknyaaaaa




Superrbbb







Colorful















Banyak lagi fashion trendy Muslimah yang ada, kalau nak tengok ~  http://www.hijup.com . Site fashion Hijup.com ni mengumpulkan pelbagai himpunan fashion dari pelbagai designer Muslimah Indonesia yang terkenal seperti Mainland Heritage, Casa Elana, Shabilla, House Of  Nabillia dan etc. Malah dorang ni ada community dorang sendiri iaitu http://hijaberscommunity.blogspot.com . Tetiba cam nak rasa join club ni walaupun bukan warganegara Indonesia pun. Arwah atuk je yang orang Padang, mmmm..

Hijabbers ini ada pelbagai aktiviti mengenai kecantikan dan panduan berfesyen gitu. Seronoknya bab melawa..saya suka! Bukan bab fesyen je, dorang ni kekadang organise kuliah-kuliah agama..Ok Good! Good! saya jadi insaf sedikit..:-)

Dah abis bebel, nanti kita sambung lain kali untuk bab fashion lain plak. Ok, saya dah nak mengelamun Jacob Black..yeay! I'm team Jacob!!


~bebuy~






2 comments:

  1. nice blog! maybe we can follow each other if you want? :)

    ReplyDelete
  2. tq dear..sure, i'll follow u too! :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...