November 17, 2011

Syukran!



Setiap orang mempunyai pengalaman pertama dalam pelbagai versi. Seperti contoh pengalaman pertama bercinta, berkahwin (harus ke ada banyak pengalaman..:-p ), ada anak, anak masuk sekolah, pastu anak berkahwin, cucu pertama..okieh,okieh stop!! panjang plak ko terang..

Seingat saya, kesemua pengalaman pertama saya semua indah-indah belaka, tak kisah le ending cinta pertama bukan macam seperti dalam cerita dongeng cinderella " happily ever after "  . Itu membongak namanye, ishh takkan la cinderella takde gado-gado ngan prince. Sure gaduhnya..Dongengan ke tak, korang kene gaduh jugak..tak baik tipu-tipu nih..:-)

Okey, kita kene serius sikit, jangan tulis entry main-main. Berbalik ke pangkal jalan punya cerita, saya tak nak cerita pengalaman saya, nanti takde privacy plak. Saya tak suka apabila melihat paparazi dan kerlipan flash di sana sini apatah lagi kena berlari-lari kecil sambil amik kertas tutup muka sedangkan dah pakai cermin mata hitam ala-ala Kim Kardashian....hahaha..

Hari ini saya nak share pengalaman pertama pasal my sis yang mendapat perkhabaran gembira apabila anak dia and also my 1st niece dapat peperiksaan cemerlang UPSR 5A..U go Girl!!

Pagi ni, pukul 10 saya dah start calling tuan punya badan, tapi tak berangkat..hoii!! apa ke sengal tipon pukul 10, orang tu baru berbaris nak amik result sebab pukul 10 baru result keluar. Okeh, saya terima kesengalan itu.

Namun saya masih gigih berusaha calling bapak dia plak, mmm.. pun takde jawapan..hoii! macam mana bapak dia nak jawap sebab sure masa tuh tak cukup tangan nak gapai telefon pasal tengah dukung anak yang kecil kot. Itu assumption saya walaupun ianya tak begitu menyakinkan. Nak tipon emak dia, sah-sah PA dia akan jawab "nombor di luar kawasan"..2 hari lepas mak dia hilang telipon daa~

Tetibe, saya dapat call dari kakak saya sambil nangis. Dalam hati saya "wah, apa sudah jadi? kucing beranak lagi ke? "..dalam masa 5 saat selepas itu, saya pun merembes air mata..oh! ini bukan pasal kucing pendatang kakak saya beranak lagi, ini kerana perkabaran gembira anak dia tu la..Dan-dan tu je, mula berimiginasi ada bunyi hiruk pikuk firework sekali diikuti bunyi clap!clap!clap! audien tepuk tangan sambil bagi standing ovation. Nasib baik telefon office kakak saya tak boleh buat voice connection dengan telefon emak saya di kampung, kalau tak dah jadi drama airmata kegembiraan tiga beranak. Mesti my niece tu rasa confuse dengan kami-kami ini sebab dia rilex jer..

Tak moh cerita panjang-panjang, hari ini bukan kami sahaja yang bergembira, ramai rakan-rakan berkongsi kegembiraan yang sama.
 

SILA AMIK KANTA LEKAP, IMEJ AMAT DIKESALI

For those friend, congrats to your daughter/son for their excellent achievement!  May their achievement is an example to others.




Macam geng bukan?? itu menandakan saya masih gadis! ahaks! :-p






TO my niece, NUR AQILA SYAFIQA..Congrat to you! satu pesanan, jangan mintak hadiah mahal-mahal ye, kalau boleh mintak cekedis Tam-Tam je....leh makan dalam dorm nanti if masuk sekolah asrama.hahahaha.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...