March 11, 2012

aduh penatnyaaaaa....

Assalammualaikum...


Melihat tajuk entry ni, bukan saya baru habis workout atas treadmill..atau jogging 1.5km...atau aerobik ala k-pop..ohh!  bersenam dah bukan dalam list hidup saya..bukan tidak mahu, tapi saya dah tak tau mana nak selitkan aktiviti itu.


Orang kata nak seribu daya, tapi memang dah tak berdaya. Penat semakin menjadi-jadi..Kenapa? Apa?


Kalau saya cerita, jangan ketawakan saya. Saya penat kerana punyai 3 orang anak. Memang lucu mendengarnya tapi itu lah dia... Dulu anak seorang, rilex jer. Masuk nombor dua, ok lagi. Bila masuk nombor 3, masyaAllah..


Walaupun jarak anak yang tengah dengan nombor 3 itu agak jauh, stress itu sangat tinggi menguruskan kesemua mereka.


Benarlah kata orang, menjadi ibu adalah pekerjaan yang paling sibuk namun sangat berbaloi. Ketika ini kita merasai penat, kita bersyukur merasainya kerana kehadiran anak yang sihat, nakal, riuh, tawa-tangis dan gaduh-gembira mereka masih kita dengari dan amati.


Ada insan antara kita masih belum punyai zuriat, miliki anak yang dibelenggu penyakit kronik dan juga telah kehilangan anak tersayang maka kita yang masih memiliki segala jua kehidupan yang sempurna ini haruslah bersyukur. Masih mampu mengukir momen indah untuk dikenang kerana anak itu harta yang tiada galang gantinya.


Terima kasih pada Allah akan nikmat yang diberikan. Oleh itu harus lah kita hargainya sebelum nikmat-nikmat itu di tarik balik kerana hak mutlak itu kepunyaan DIA. 


Oleh itu betapa penatnya saya, saya bangga mengatakan yang saya ENJOY! 

                       @%&*/-+(¤"+*&


                 Haaaahaaaaahaaaaa  :-D


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...