March 21, 2012

Aku yang sengal!

Dengar radio dan sengih macam orang gile sebab celoteh dj yang sangat lawak adalah rutin harian di dalam kereta. Lepas start enjin, memang terus buka radio..ops! salah tu...tutup pintu..apa ke gila ko drive sambil bukak pintu...ok kita serius sket..;-)

Tipu la kalau driver keras je dengar radio tanpa sebarang emosi. Saya jenis kalau lagu rancak bukan main gedik bahu terhenjut-henjut sampai stereng jadi tersasar sikit dari kawalan. Haru. Itu baru cerita bab lagu rancak..Lagi parah kalau keluar lagu sedih. Nak-nak masa drive tu takde kereta lain, memang feel macam pembikinan video klip. Rasa macam ade kamera shoot kat luar tingkap. Tangan siap depang-depang mengikuti melodi. ..lagi penyanyi tarik nada tinggi, setinggi itu la tangan ni depang pastu lekat di dada ikut corak kesedihan lagu. Apa ke sengal feeling lebih dalam kereta ni. Tapi itu lah dia.

Tu yang kadang-kadang kalau balik kampung dan orang lain drive rasa haiseh! camne nak feel ni? Lagu sedap. Tapi malu sebab ada orang. Itu yang terjadi berangan pulak! Mula start nak menjiwai watak. Watak heroin je dipilih. So nak sengih sorang-sorang tanpa disedari oleh driver haruslah duduk belakang driver. Huahuahua...

Rasa orang berbintang sagitarius ni memang suka berangan. Masa kecik pun suka cakap sorang depan cermin. Kira kalau malam atau siang sebelumnya tengok drama ke, memang pastu berlakon la balik watak feveret tu. Memang tak bleh blahh la kebuduhan masa tu. Hahaha.

Rasa semua orang punyai waktu-waktu sengal tersendiri cuma mahu tak mahu admit je. Betul tak? Lu sendiri pikir le.....o_O

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...