April 03, 2012

Afif Naufal

Perkara biasa..biasa..biasa..

Apa yang biasa? Bila ada anak.

Dulu masa bujang, syiok ambik gambar. Dan posing yang selalu buat dalam setiap gambar adalah tangan "peace".. Aiseh, dah itu je trademark..automatic..puas cuba yang lain, tapi tu yang keluar..

Bila dah kawin tapi sebelum dapat anak..pose sopan tapi ada satu pose orang lain tak perasan. Pose menahan nafas agar perut tidak kelihatan buncit. Boleh biru muka kalau orang yang ketik gambar boleh plak terkial-kial..hoii cepatlah, aku dah lama tarik nafas dalam-dalam (dalam hati bape kali nyumpah). Berpeluh-peluh. Punya lah nak nampak berperut sekata ala kate moss.

Bile dah ada anak, dah tak heran nak posing. Kira dah low profile. Banyak gambar anak. Lagi-lagi kalau ada baby. Anak yang besar sila tangkap gambar anda sendiri! Anda dah tak comel dan busuk..haha..

Ini antara momen-momen yang buat saya kenang sepanjang hidup saya. Anak yang ketiga saya yang cukup disayangi. Haa..kecik-kecik semua intan payung, besar sikit bakal disebat.haha..u better watch out afif  !!  o_O


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...