April 26, 2012

Dian Pelangi..tq for rainbow my day

Assalammualaikum...

Sejak membloggerkan diri, saya ada listkan top 10 feveret blogs yg saya view dalam seminggu. Memang akan follow. Oleh kerana kecintaan saya pada bab pakaian maka blogs yg terpilih tu memang post nya akan berkisar pasal baju. Itu sebab saya perlu bekerja untuk menggapai nafsu serakah saya yang satu ni. Bukan kata suami tak mampu, tapi dia boleh nangis sambil koyak-koyak baju kalau saya bershopping kalau guna duit gaji dia. Melainkan kalau suami berpangkat menteri berpotfolio itu lain cerita..haha.

Berbalik pasal blog ini, saya suka sangat-sangat pada blogger indonesia ini. Dia ni femes amos manis pun macam cekelat famous amos. Sure kenal la kalau kaki blog. Dian P.Ramlee..opps bukan yang itu..Dian Pelangi. Seorang wanita muslim berhijab tapi fashionista. Designer yang hebat di Indonesia.
(maaf saya tak boleh link blog beliau sbb post ini ditulis melalui bloggeroid@samsungnote).

Bila mengetahui beliau telah membuka butik di Bangsar, saya terus tulis dalam diari sebagai wishlist saya.pergghhh..teruja. Bila saya ditugaskan ke Main Office di Plaza Sentral (huh tak suka sebab parking mahal) yang berdekatan dengan Bangsar, saya rasa kegembiraan yang dialami umpama berjoget shuffle di shopping complex.

Maka dengan itu, moh tinjau gambar yang sempat saya snapkan ketika itu. Kebetulan owner butik Datin mmm..tak ingat pulak nama tapi sangat friendly okeh.

* Mula-mula kena amik gambar nama butik dulu



*Background pun kena ala-ala rainbow


*okeh cukup! readers tahu ko ke situ so tak perlu tangkap banyak. Haha





*Haishh ada lagi








Okieh gambar yang akhir cukup menerangkan pengakhiran cerita saya. Harga adalah standard butik yang mahal tapi cukup berbaloi. Nak tengok apa yang saya beli, nanti saya post dalam next entry. Saya beli yanf mampu sahaja. Sevab saya tahu kalau saya tak beli saya akan peluk bantal sambil kesat air mata di tengah makam berikutnya..

See uolss.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...