November 14, 2011

Kesal ringan-ringan

Sebut pasal kesal, saya teringin nak share satu topik perlakuan yang selalu buat saya kesal tapi saya buat jugak :-) Di entry ni saya nak bincangkan kesal yang ringan-ringan.... mmm, kesal ringan-ringan? takpe, ini blog saya, sukahati saya la nak klasifikasikan.. LOL!!

Kesal ringan-ringan saya ni berkemungkinan sama dengan kesal anda. Kalau tak sama, bermakna memang saya ada masalah jiwa kronik la nih..hehehe. Meh kita lihat list kesal ringan-ringan itu spt di bawah:

  • Senario menghadiri function. Sekiranya terdapat function yang perlu saya hadiri seperti majlis perkahwinan/ reunion/ birthday party, even malam sebelumnya dah decide nak pakai baju/tudung/seluar yang akan dipakai, tapi last minute saya akan jadik model runaway 3-10 kali jalan depan cermin lepas tu bleh plak fitting baju 3-4 helai yang lain sebab tak puas hati dengan baju yang mula-mula setuju nak pakai. Baju main campak-campak je atas katil lepas tu sbb dah lambat. Bila sampai je kat function yang kita nak pergi tu, mula la rasa cam menyesal tak pakai baju tu la, tudung kaler ni lah..kesal tak ingat! mm, sedangkan kalau muka/body memang cenggitu rupanya, pakai baju yang beli kat harrods pun takkan jadi muka cam selena gomez!! 

  • Senario selepas dapat gaji. Saya selalu sematkan dalam hati ( semat jangan tak semat ), bulan ni jangan shopping baju. Tapi bila jalan-jalan jumpa pulak outfit yang saya berkenan, dah kena pikir 2-3 kali, walaupun terngiang-ngiang ~jangan beli: sila ingat ikrar "semat"  . Pastu saya akan merenung jauh sambil jari mengetuk-getuk dagu. Ayat lazim yang tang-tang tu jugak keluar "kalau tak beli, habis plak stok nanti". Kesudahannya kesal di tengah bulan.

  • Senario tidur lambat. Seringkali saya berikrar ( dah ikrar la pulak, semat dah tak geng ) saya perlu tidur awal untuk mendapatkan kecergasan sepenuhnya untuk bekerja keesokkan harinya. Tapi malam tu, saya gigihkan diri tengok ulangan Masterchef Malaysia, ANTM, Kimora Lives in The Fab Lines dll dengan alasan ~takpe-takpe okey punya esok. Akhirnya kesal bila sampai pejabat dan mula la nak update dalam facebook status "ZZZzzzzz I hate Monday ". Selasa, rabu dan khamis pun kena jugak. Jumaat jer tak ngantuk :-p

  • Senario kecantikan diri. Selalunya saya suka tengok orang yang halus mulus kulit muka dan ramping bentuk badan. Dalam hati, kan best kalau dapat muka dan body yang cun. Pastu sibuk-sibuk la tanya kawan cun tu dia jaga macam mana, makan apa, apa petuanya. Boleh plak gi kedai cari produk seperti kawan yang cun ni guna. Ish, mesti la kena beli sama kalau nak dapat result yang marbeles. Tapi kejap je la, 2 minggu lepas tu, saya tengok produk tu, produk tu tengok saya! Pemalas. Kesudahannya cerita la kesal pada kawan yang cun tu pasal produk dah expired sebab lama dah tak guna. Lelama tengok balik pada kawan-kawan yang cun, mula lah rasa sedih akan kekurangan diri..memang DOL!!

  • Senario sakit. Setiap orang mesti tahu kepantangan yang perlu dielakkan diri untuk tidak jatuh sakit. Masa sihat selalu je melantak dengan jayanya sambil gelak berdekah-dekah selepas kegirangan dan kekeyangan yang dialami. Masa tu mula terasa cam nak sarapan kat fastfood sedangkan hujung bulan, nasi lemak RM2 ko carik. Argh, lantak la melanggar pantang ke hapa ke, yang penting haku kaya, kaya, kaya!! makan kena sedap! Alasan, masa sihat kena la makan yang sedap, nanti sakit semua tak dapat rasa. Kesudahan, berbaring atas katil sambil pakai mask semput amik oksigen. Kesal sebab minum ais! 

Okeh! dah habis cite kesal, meh kita tgk video "projek pistol". Enjoy watching!.  







2 comments:

  1. kesal dgn sikap manusia seperti anjing yg kekwat..!!

    ReplyDelete
  2. kesal ko nih dah bukan tahap ringan, tahap hardcore..hehhehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...