November 27, 2011

Kisah Shopping





Cuti hujung minggu dan cuti sekolah membuatkan saya "off duty" dari online, facebooking dan blogwalking. Terlalu banyak majlis perkahwinan dan percutian tanpa dirancang berlaku, jadual saya sarat serta-merta. Walaupun saya bukan membership gold boxing club, badan saya sakit-sakit dibuatnya dek kerana aktiviti-aktiviti berlaku. TAPI.......haa! nampak tak penggunaan huruf yang di caps lock ada menunjukkan perubahan perjalanan cerita yang mendatar yang saya ingin alihkan/twist. Situasi sakit badan itu tidak akan berlaku sekiranya aktiviti yang berlaku berkisar mengenai SHOPPING! setuju tak anak-anak??


Meh saya masukkan elemen-elemen shopping yang membuatkan saya seakan-akan berada di alam halusinasi.



Abaikan nota kaki di atas~ tak sempat nak cabut ;-)



Ada lagi nota kaki yang tak sempat nak cabut.





Gambar di bawah merupakan poster bilik saya sahaja ;-p


Shoes..shoes..shoes..Charles & Keith


Betul poster bilik, nampak ada pencucuk kaler biru tu !



Yang ni pula kelihatan elok sekiranya saya punyai kaki panjang dan skinny persis model, walaupun bentuk badan saya sipi-sipi je sama ...hahahaha..ye ker?? 


Superb DKNY jeans



Bertambah havoc hujung minggu saya kalau shopping tudung...

Sungguh saya jatuh cinta, walaupun saya banyak kali memikir $


Walau bagaimanapun, saya berjaya menceriakan sedikit hari cuti ini dengan sedikit pembelian berhemah seperti di bawah (berhutang RM21 dengan officemate sebab tak cukup duit plak masa bayar walaupun dalam bank ade berjuta..pergghhhh!)


Nak amik gamba pakai wedges ni, tapi takleh nak uplod sebab kuku kaki belum sempat trim  dan kedai manicure/pedicure tutup hehehe


Ingin saya menyimpul-yimpul cerita saya ini~

Saya suka jika berada di dalam keadaan :-
  • berebut-rebut sambil kais-kais baju berlonggokan yang ada tanda "70% less" 
  • mentelaah carta diskaun dari harga yang berlabel warna pink ke warna kuning 
  • sesi berlanggar-langgar punggung dan siku-sikuan di ruang legar
  • sesi fitting dan ketuk pintu fitting room "oii, orang dalam, ko tidor ke atau test baju ni??"
  • fungsi anggota badan memainkan peranan iaitu tangan dan bahu jadi alat gantung baju


Saya tak suka jika berada di dalam keadaan :-
  • saiz/warna baju dan kasut tak ada yang berkelayakan
  • tengah syok memilih, masa tu plak terasa nak ke bilik air, memang potong stim!
  • beratur berliku-liku panjang  di kaunter pembayaran
  • barang yang dibeli tak ada tag harga dan satu hal kena campak ke tepi sebab cashier dah masam mencuka nak pergi cari barang
  • offline credit card~ moral of story: jangan berhutang!
  • sampai je turn nak bayar, "maaf puan, sila ke kaunter yang lain sebab kaunter nak tutup" memang nak kena penampor la budak cashier tu.
  • dapat call dari suami " awak ni nak berkampung kat sini ke, cepatlaaa" atau dj shopping "seorang kanak-kanak bernama xxxx telah terpisah dari ibunya yang bernama xxxx. diharap ibubapa adik xxxx datang menjemput di kaunter hadapan" ...sungguh horror!

Tu je nak ceita kisah shopping,  sebarang pertanyaan sila layari www.tourism.gov.my  @ Year-End Sales ( YES ). Jangan lupa abis shopping, kena jerit kuat-kuat

  HURRAY !!





3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...