November 28, 2011

Sunglasses



Sekarang ini, cuaca sentiasa berubah-ubah. Adakalanya panas terik pada tengahari atau hujan lebat di sebelah malamnya pula. Perghhh! ayat ko sangat tinggi darjatnya..huhuhu.. dah lama tak tulis sebegitu sejak bertahun meninggal alam sekolah. Hoii! jangan la tulis bertahun, nampak kau tu tua..okeh! saya garis perkataan bertahun dan ganti dengan perkataan paling cocok. so ayat baru saya cenggini: dah lama tak tulis sebegitu sejak minggu lepas meninggal alam sekolah.  LOL

Okey, saya bukan nak cerita prestasi sekolah saya, saya nak cerita pasal cuaca. Cuaca yang saya pilih adalah cuaca panas terik. Ya panas terik. Bila panas terik ni, mata pun dah ala-ala sepet kiut . Cuba buat mata ala-ala sepet kiut itu kawan-kawan. Apa tak tau camne nak buat sepet kiut ? 

Macam nie





Untuk mengelakkan mata jadi sepet 8 jam pada waktu siang, kita kena la pakai sunglasses kalau outing di luar. Tapi kalau korang setakat nak sapu sampah depan rumah atau beli ikan kat lori yang hon-hon keliling kampung, tak payah lorat-lorat nak pakai sunglasses. Karang apek lori cina tu taubat nak menjual ikan lagi..hahaha

Cerita pasal sunglasses,ada pelbagai jenis. Tapi kita-kita ni (ohh! saya tak termasuk :-P ) selalu beli bukan kerana nak lindung mata sangat pun tapi sebab nak melawa a.k.a vogue. Kunun macam nak stail ala-ala selebriti. Carik saiz yang bagak-bagak (ovesized sunglasses) cap ayam sekalipun, no hal asalkan leh posing cun dalam gambar. 

Yelah, harga rasmi original di luar paling koman RM700+..pakai sekejap-kejap pun, sebab sekarang ni ramai yang suka lepak kat shopping mall je, mana ada masa nak pegi taman-taman bunga. Pastu kalau nak pakai dalam kereta pun, cermin kereta dah siap tinted.. cuma bagi penumpang depan okeh la nak pakai sunglasses tapi kalau dia membuta tidur sepanjang perjalanan pun tak guna jugak beli mahal-mahal. Start enjin sure ngantuk, kalau ngantuk sure start enjin. ehh, camne tuh..okey, saya sudi membuat akuan bersumpah cerita itu adalah cerita saya sebenarnya ..hahaha

Tapi takpe, meh kita tinjau-tinjau jenis sunglasses yang idaman kalbu..



Paris Hilton yang selalu dengan stail oversized sunglasses













Posh , Petra n Paris~ what coincidence "P"





Tak ingat nama model ni  ;-)





Zach










jenama sunglasses tidak dapat dikenal-pasti



Ada yang berkenan?? kalau berkenan pegi la beli 2..extra satu tu hadiahkan untuk saya..:-)


Bye UOlllssssssssssssssssssss



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...