December 02, 2011

Putus Kasih???



Dengar je tajuk entry, leh menimbulkan trauma pada sesiapa yang sedang bercinta atau sedang bertunang. Phewww ! Nasib baik saya dah selamat beranak tiga. TIGA~kasi besar sikit ejaan tu..alhamdullilah..nasib baik saya sedar status saya ni, sebab ada ketika rasa macam baru je sweet 17..hahahaha

Sebelum saya ke nombor TIGA itu, saya pun ada melalui fasa-fasa bercinta dan bertunang. Wei, sure la lalu..saya bukan jenis yang mengintai-intai di balik jendela melihat muka bakal suami kerana kegagalan mencari pasangan lalu dikahwinkan atas persetujuan ibubapa atau "mak nak kawinkan ko dengan si xxx, ko suka ke tak mak tak pedulik, si xx tu banyak harta sampai 7 keturunan pun ko tak abis makan" ~ tak-tak saya tipu je, mak saya tak pernah cakap cenggitu (nasib baik kalau tak dah kena cucuk dengan ikan todak)..:-)

Tak kisah la, family arrangement ke atau carik sendiri ke, saya bukan nak cerita pasal baik-buruk kaedah-kaedah itu dan saya juga tak terrer nak menasihat orang apatah lagi nak nasihat diri sendiri. Toksah nak serabut-serabut sebab blog saya ni blog main-main. Sebab itu saya pilih topik kacang-kacang yang tak akan keluar dalam silibus mana-mana mata pelajaran  di dalam mahupun diluar negara.

Jom kita bincangkan manisnya bercinta itu sebelum pahitnya putus bercinta di~


dan sila tekan butang  buzzer (right-click:open in new tab) kalau setuju nak join blog-show ini! 

Saya tak dengar la buzzer tu, tekan sekali lagi ! 
okey, dah cukup..tak payah bersungguh nak tekan, saya belum pekak lagi  :-p



Situasi pertama  :






Selalu ada instinct for each other. Cth: " Eh, awak ni macam tau je, saya baru je nak call awak jugak"
Fakta salah : Gerak hati terhadap sesuatu/orang yang adakalanya jauh beribu batu dapat dirasai oleh pihak yang lain. Tapi jangan la sampai ke tahap bila sama instinct ketika bercinta itu menandakan kestabilan hubungan tersebut dan tetiba la excited keluar dialog hati "wah, memang confirm la dia pasangan hidup semati aku ni sebab sama la rasa, bukan sekali dua terjadi..yeay! aku akan kawin dengan dia"
Fakta benar : Gerak hati itu kebetulan sebab masa tu korang bercinta, kalau tak bercinta pun boleh rasa pada  sesuatu yang buruk seperti terjatuh gelas/cawan dan 5 minit kemudian dapat tau kambing accident..dan macam kes saya plak, 20 kali bercinta termasuk cinta terakhir dengan Jacob black pun selalu je ada gerak hati, tapi tak jugak dapat kawin dengan ex-20 orang tuh..LOL

Situasi kedua  :





Senantiasa terasa si Dia yang paling hensem/lawa
Fakta salah : Memang selalu kita memanipulasi mata kita bahawa pasangan kita tu hensemnya bak Edward Cullen atau cantik seperti Bella..Perghh! betul-betul tertikam kesuma hati. Apatah lagi, bau dia pun kita ingat sampai boleh tau nilai ph kulit dari 0-14 kadar zat asam dan zat alkali pasangan tu.
Fakta benar : Halusinasi berakhir jika kita mula putus cinta/tunang, mula la rasa tak hensem/cun la..sedangkan itu la muka yang ko puja-puja dan muka itu la yang boleh jadi bahan gaduh dengan kawan disebabkan kawan tu boleh plak kata "aku tengok muka balak ko tu cam muka pecah umah la, macam baru minggu lepas aku tengok muka pesen tu masuk umah jiran sebelah kita" melampau tul..:-)

Situasi ketiga  :




Sentiasa positif terhadap pasangan

Fakta salah :  Kita selalu mengharapkan bahawa pasangan kita akan berubah setelah berumahtangga, seperti contoh akan menjadi warak, menjadi menantu pilihan, contoh kepada masyarakat sekaligus kepada pertiwi..hahaha..macam hampeh je bunyi ayat!
Fakta benar : "Guruh dilangit air tempayan dicurahkan"..malas nak explain sebab sekarang ramai guna pili air..wakluuu, acah je! Pepatah tu menerangkan yang kita tak boleh la mengharapkan/yakin terhadap sesuatu yang belum pasti kerana elemen-elemen bak "surprise sambil belon meletup-letup" atau "tahniah! kerana mendapat pasangan yang tak best! " akan sentiasa berlaku...hahahaha..sebab masa couple semua hipokrit..sapa kata kentut masa bercinta wangi memang bangang la tu..ade ke suka cium kentut, apa daa..cium la ayam kfc ke kan lagi best..


Sebenarnya banyak lagi fakta benar atau salah, tapi sebab hos rancangan ade job lain kat TV Pendidikan, maka setakat itu je la nak main tekan-tekan buzzer .

Cerita Moral Minggu Ini : Sekiranya anda bersikap baik sepanjang penghidupan di atas dunia ini, maka anda dijanjikan juga pasangan yang baik atau begitu sebaliknya. Namun sekiranya anda gagal/ditakdirkan menerima pasangan yang kurang baik, anda harus menerima seadanya dengan lebih mendekatkan/membetulkan diri masing-masing kerana Allah itu lebih tahu akan setiap kejadian. 
~ titipan yang sempat dikongsi sebab minggu lepas hos rancangan jadi tetamu jemputan Rancangan Semanis Kurma. :-)

~ Peace No War~



2 comments:

  1. oh saya dah ada anak 2.. masih mencari segala keserasian

    ReplyDelete
  2. that's point of marriage for..luv him/her by accepting the best/worst part. everybody aren't perfect , right? ^-~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...