December 06, 2011

Maaf cikgu anak saya tak bersalah..



Godek punya godek, mata saya menangkap ( hebatkan mata saya sebab ada tangan! ;-p ) informasi yang tak pernah saya jakunkan sebelum nih..

Yelah, tahun 2011 anak masih sekolah main-main, name-tag pun tak pakai, stokin takde pun.. no hal, beg sekolah hanya bawak baju siang untuk pakai kat taska je, pencil box pun tak wujud inikan pula pembaris..so saya pun dong-ceh-dong-ceh seperti alunan musik tarian naga, suka-suka booking cuti walhal tak sedar tahun 2012 anak tu standard One..

Dengan ini, saya berharap bakal cikgu-cikgi kelas sudi menerima surat mohon maaf atas ketidakhadiran anak pada satu ketika nanti, tapi saya nak bubuh alasan apa yer. takpe-takpe nanti saya buat sesalinan surat mohon maaf itu ke Air-Asia juga .Mana tau Air Asia alert nak bubuh jadual cuti persekolahan dalam website dorang ker sebagai rujukan " Hoi, korang tengok tarikh dulu samada anak korang sekolah ke tidak, jangan asyik nak suruh anak ponteng je, macam mana nak melahirkan pelajar 2020 nih??" Sangat panjang pop-up reminder !! Perghh, kalau ada la, gua sayang sama lu lah, Tony Fernandes!

Sila-sila lah rujuk jadual di bawah. Untuk sekolah bahagian Utara, hangpa kena check sendiri la, sebab den (tetibe plak nogori, giler tak seimbang tatabahasa) post jadual cuti yang negeri-negeri yang bercuti sabtu dan ahad sahaja.



Gamba icon melambangkan kebahagiaan memonteng



Harap-harap cikgu jangan la adakan peperiksaan masa tuh, kalau adakan juga maka cikgu tak prihatin..boleh tak cakap camtu?     ^-^


~lalalala~


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...