December 12, 2011

Chef..In The Making



Hidup ni kalau takde impian, memang tak sah la. Impian saya macam-macam, tapi satu pun saya tak buat sungguh-sungguh. Sebabnya saya jenis malas nak kusut-kusut. Dapat capai, alhamdullilah, kalau tak dapat, no hal..kita bina impian lain..hahaahaha..Sebab tu, impian saya setiap tahun lain-lain. Impian saya ni jenis sukati-sukati mommy daddy dia nak kuar, ikut la mana dia nak jadik apa, lepas tido elok je dia hilang, saya pun tak yah pikir-pikir dah..bak orang kata 'life must go on"..... ON KAU!!

Sebab impian saya berbilang bangsa dan berbiskut chipmores, saya nak cerita satu impian saya yang saya rasa 5 tahun lepas dah tanamkan, cuma belum masa nak dibaja. Hidup subur dalam tanah je, tunas pun tak, berdaun apatah lagi..elok je dia duduk ontok-ontok. La ni tinggal 2 minggu sebelum KLCC disimbah bunga api, baru saya rasa-rasa macam kena bring forward je ke tahun depan. Insyallah saya akan bukak topik ni lagi mungkin 5 tahun akan datang kalau saya masih punyai tabiat tido, pastu sedar-sedar okeh!.. dah lupa impian nak buat tu..:-)



Impian saya sebenarnya nak buat K.E.K .

Ha ! Walaupun tidak kelihatan hebat pada anda, tapi begitu thrill pada saya. Oh ye,  impian buat kek saya bukan setakat guna tepung cake readymade , choc moist kukus yang petik dihujung jari tu, atau kek pisang/pandan/kopi . Saya nak buat kek yang mampu buat orang pandang saya dua tiga kali sambil segera sms pada astro suruh ambil saya sebagai chef selebriti jemputan.

Bile ada impian buat kek, saya kena ada alatan buat kek. Macam mana saya tak bawak ke 5 tahun akan datang, ni la halangan. Kan senang kalau impian saya ni datang secara pakej. Bila terimpian je buat kek, pergi  dapur terus ada alatan, bahan dan chef kek .Moh kita senaraikan alatan yang perlu ada untuk membuat kek.


1=Oven

Pilihan oven saya, boleh buat pizza dan roti juga
 (diambil kira impian membuat pizza dan roti sekiranya impian buat kek tercapai)


2=Mixer



Boleh je guna hand mixer, tapi disebabkan saya nak nampak hebat ketika ber-apron dan chef hat saya, saya kena guna mixer seperti di bawah.






3=Rolling Pin

Boleh diguna juga ketika saat-saat kecemasan. ;-)



4=Measuring spoon

Elakkan menyimpan di tempat yang mudah dicapai bagi mengelakkan dari menjadi pekakas alat bancuhan warna sekolah anak anda.



5=Mixing Bowl

Guna besen pun boleh, so leh skip benda alah ni.



6=Baking pans a.k.a Loyang 





7=Penyukat





8= Spatula

Ni kalau guna untuk alat takutkan anak di bawah umur 1 tahun ok jugak ni.
 contoh " hep! biasaaaaaaa dia..(sambil tunjuk spatula)



9=Pengukur suhu

Ni kalau ada involve adunan cheese, milk dan bahan yang sensitif la.



10=Icing bag





11= Cake stand

Persembahan kek kena mantap supaya jiran-jiran boleh berbisik-bisik akan kehebatan kek sebelum dirasa.




Terakhir,
Lebih mantap jika aktiviti membuat kek itu di adakan di kitchen island , baru la rock!



Dengan ini, saya membuat kesimpulan, saya tidak bersalah jika impian saya tidak tercapai pada tahun ini kerana alatan-alatan di atas. Oleh itu, ucapan khas untuk anak-anak dan suami tercinta, marilah kita order di SECRET RECIPE. Terima kasih !!


2 comments:

  1. bbhahaahaha.....nice blog....ok pape pon...da siap kek tu anta rumah saya....ok...pastikan sedap okay...tak sedap t saya bg gemok (kucing) makan...hoho

    ReplyDelete
  2. pasti sedap..sure kucing ko leh naik 4 kilo pas makan kek

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...