December 18, 2011

Tiramisu in da house..



Baru saya tahu, buat kek tu bukannya susah sangat, cuma kena ada minat. Saya dah ada minat lama, tapi minat ke atas aktiviti sopink dan melangok melebihi segalanya. So saya ber-eksperimen macam saintis Rafidah (rancangan Clever) cuma tak pakai spek mata keselamatan untuk menghasilkan kek Italiano : Tiramisu. Perghh..punya la berlagak..dah la tak pernah buat kek, Tiramisu jugak ko pilih..Sebabnya, tak perlu bakar-bakar....kan masa dalam entry saya yang lepas chef in the making saya ada cerita beberapa masalah untuk saya jadi pembuat kek. Kalau nak flash back sila klik link di atas.

Mari kita main masak-masak.

Bahan-bahan

1) Cheese cream 250g (RM 7.50)
2) Whipping Cream 3/4 cup (1 Liter RM 15)
3) Gula 7 sudu
4) Lady Finger Biscuit/ Finger Bread (RM5)
   ~ mm, apa kejadah panggil lady finger, dah la bosar, tak sama dengan jari ku yang runcing.tu
      mesti jari giant mana la yang dia amik untuk namakan biskut tu.
5) Nescafe 1 sudu
6) Serbuk Coklat (Tapi jimat punya pasal saya guna Milo)
7) Telur 3 biji (ambil york je)

Saje saya tuliskan harga sebab kos buat tiramisu ni murah je. Sebab saya tahu selalunya orang yang tak pernah buat kek selalu fikir modal nak buat kek lagi mahal, baik beli jelah..
Opss! itu ayat saya sebenarnya..hahaha.. bukan dipetik di mana-mana saluran tv, di majalah atau sesi dialog jiran-jiran.


Cara-cara (ala kacang je ..hehehe)

1) Putar cheese cream dengan gula 3 sudu (pakai hand mixer lagi senang) ~A
2) Putar york dengan 1 sudu gula ( terlebih dahulu, panaskan air dan kacau dalam double boiler.
    Elakkan dari sangat panas supaya telur tidak menjadi telur hancur)~ B
3) Campur A +B . Masukkan 1 sudu Nescafe (yang telah dilarutkan dalam sedikit air panas) ke
    dalam bancuhan ~ C
4) Putar whipping cream bersama 3 sudu gula sampai kembang (putar jangan tak putarrrr) ~D
5) Campur C + D ~ E
6) Lady finger dicelup ke dalam air lebihan nescafe  dan susun ke dalam mangkuk hidangan ~ F
7) Tuang E sebagai layer pertama dan tapis milo ke atas layer ~ G
8) Ulang F dan G.
9) Simpan di peti sejuk sekurang-kurangnya 8 jam.


Cuba tengok, hebat tak saya....setelah 32 tahun baru saya berjaya menghasilkan sebuah kek Kalau la 18 tahun lepas saya mendapat hidayah untuk buat kek ni, sure sekarang saya dah berada di dalam kelompok juri Masterchef. Untung-untung leh amik Nik Micheal jadi anak angkat sebab dia hensem....hahaha.






 terima kasih bapa kerana meminjamkan kain pelekat sebagai alat hiasan.






Lubang hidung ku kembang-kempis menahan perasaan riak setelah sejam berjaya, tapi kini sudah mancung kembali selepas sujud syukur..:-)

p/s : orang itali sila menangis sobab orang noghori cam den ni haa pun terer ! 



6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...